.... Kit Siang Melenting Bila Ditanya Tentang Kelahiran | AAKJ



Lim Kit Siang hari ini melenting apabila diajukan soalan berkenaan tempat kelahirannya oleh wartawan.

Tidak menjawab soalan yang diajukan wartawan tersebut, Kit Siang sebaliknya berdolak-dalik dan menyuruh wartawan supaya siasat sendiri perkara tersebut.

“Saya pernah menjadi pemberita, bila saya jadi pemberita, kalau ada satu berita yang ‘trash’ (sampah), saya akan siasat. Jadi, siasat dahululah sebelum kemukakan soalan. Siasat dahulu.

“Otherwise it will reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” katanya.

Semalam Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao menggesa Kit Siang untuk menyatakan bukti tempat kelahirannya selepas timbul keraguan beliau dilahirkan di Malaysia.

Menurut Ramesh, hasil daripada carian laman sesawang 'wikipedia' yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957 telah diubah suai.

"Kita dapat maklumat ini daripada veteren- veteren DAP sendiri pada 8 Januari lalu bahawa Lim Kit Siang ini tak lahir di Malaysia.

"Jadi saya dah beri kenyataan media kepada ahli Parlimen itu untuk menjelaskan tapi beliau tak menjawab soalan kita.

"Di dalam Wikipedia, telah diubah, terus ke tahun dilahirkan, tidak lagi bila beliau tiba. Malahan ada bukti menunjukkan perkara ini diubahsuai sepuluh hari yang lalu," kata Ramesh seperti dilaporkan media.

KLxpress

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top