.... Kit Siang Bertanding DUN P.Pinang, Parlimen Kedah | AAKJ



Panik dan penyakit tidak percayakan ahli parti sendiri di penghujung usianya menyebabkan Lim Kit Siang dikatakan bakal bertanding di dua kerusi, DUN dan Parlimen dan yang menariknya menurut sumber, Lim Kit Siang dikatakan bakal bertanding di dua negeri.

Tambah sumber, Lim Kit Siang mula trauma dengan sokongan ahli sendiri sejak pemilihan jawatan kuasa CEC yang dibatalkan oleh RoS beberapa tahun yang lalu. Inilah alasan kenapa beliau membuat keputusan untuk bertanding di dua kerusi dan paling penting ialah bertanding di kubu kuat DAP supaya terus menguasai DAP dan memimpin Pakatan pembangkang.

Paling memalukan, Lim Kit Siang sebelum ini dikatakan tidak akan lagi bertanding di PRU ke 14 namun rahsia perpindahan tempat mengundi beliau dari Gelang Patah ke P.Pinang terdedah dan lagi bertambah memalukan apbila alamat yang digunakan oleh Lim Kit Siang di Pulau Pinang adalah di sebuah kilang kosong.

Antara DUN di Pulau Pinang yang dikatakan bakal ditandingi oleh Lim Kit Siang adalah DUN Tanjung Bunga, DUN Sungai Pinang, DUN Pengkalan Kota dan kawasan Parlimen yang diintai oleh beliau adalah di negeri Kedah. 

Siapa berani halang kehendak Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng?


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top