.... Ini Pula Kesilapan Terhadap Bendera 5 Negara Lain, Indonesia Tidak Pun Memohon Maaf | AAKJ



Di saat pelbagai pihak di Indonesia masih marah terhadap kesilapan Malaysia mencetak bendera republik itu terbalik dalam buku cenderahati rasmi Sukan SEA ke-29, kesilapan sama pernah dilakukan tuan rumah Indonesia ketika menganjurkan sukan itu 6 tahun lalu.

Kesilapan itu dilakukan menjelang Sukan SEA ke-26 di Palembang, menurut sebuah laman web Indonesia yang melaporkan perkara itu beberapa bulan sebelum acara itu.

Kompasiana.com melaporkan kesilapan itu melibatkan sekurang-kurangnya 5 bendera negara Asean termasuk Malaysia.

Antaranya ialah bendera negara dipasang terbalik selama lebih 2 bulan di pelbagai lokasi di Palembang termasuk berhampiran bank, restoran, hospital, universiti dan hotel.

Jalur Gemilang pula dipasang terbalik di Gedung Asuransi, Jalan Jendral Sudirman dengan lambang bulan sabit dan bintang berada di bahagian bawah.



Di lokasi sama, bendera Myanmar disalah cetak apabila kombinasi biru merah dikibarkan, sedangkan ia tidak digunakan lagi sejak 21 Oktober 2010.

Bendera Myanmar ketika itu sudah pun menggunakan kombinasi kuning, hijau dan merah dengan lambang bintang 5 bucu berwarna putih.




Bendera Vietnam turut menjadi mangsa, dipasang terbalik di depan Hospital Muhammadiyah Plaju. Bendera dengan lambang bintang 5 bucu seharusnya dikibar dengan bucu tunggal di bahagian atas tetapi ia diterbalikkan ke bawah.



Bendera Filipina pula dipasang terbalik apabila bahagian biru yang sepatutnya berada di bahagian atas diterbalikkan ke bawah.



Bendera Timur Leste pula dikibar dengan lambang bintang 5 bucu yang sepatutnya berdekatan tiang, tetapi berubah kedudukan ke depan.



Menurut laporan itu, 5 daripada 11 bendera negara peserta termasuk Malaysia dikibarkan terbalik dan bendera Thailand terkoyak di depan sebuah institusi pendidikan swasta.

Hanya 5 negara Asean terselamat “terselamat” daripada kecuaian, iaitu negara tuan rumah Indonesia, Singapura, Loas, Brunei dan Kemboja.

Malaysia memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Indonesia selepas pendedahan kesilapan pada bendera Indonesia dalam buku cenderahati SEA Games 2017.

Susulan itu, pelbagai kumpulan dan pemimpin politik menggesa tindakan lebih keras terhadap Malaysia.

Sejak kesilapan itu dilaporkan, media sosial milik rakyat Indonesia menyasarkan Jalur Gemilang dengan memaparkannya secara terbalik.


FMT

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. dah dah... kita dah minta maaf, jangan diungkit2. jangan kita jadi macam dia.

      ReplyDelete

     
    Top