.... Hindu, Kristian, Majusi, Muslim dan Sikh Putuskan Urusan Islam Di India | AAKJ



India: Perbuatan menjatuhkan talak tiga dengan cara menyebutnya sebanyak tiga kali adalah tidak berperlembagaan dan juga tidak Islamik, kata mahkamah tertinggi republik sekular India. 

Keputusan yang dilihat sebagai mencampuri urusan hal ehwal Islam dan Muslim tersebut dibuat dengan barisan kumpulan hakim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, antaranya, Hindu, Kristian, Majusi, Muslim dan Sikh. 

Keputusan tersebut mendapat bantahan daripada beberapa kumpulan Muslim yang tidak mahu urusan talak perkahwinan Muslim diputuskan oleh mahkamah ataupun kerajaan. 

India sering dibanggakan sebagai sebuah demokrasi sekular terbesar dunia dan sekular pula sering dimomokkan sesetengah pendukungnya di Malaysia sebagai mampu mempertahan hak beragama semua, sesuatu yang semakin dibuktikan tidak benar dengan kebangkitan Presiden Narendra Modi daripada parti Hindu BJP. 

Baru-baru ini Perancis dikritik netizen dunia kerana menangkap beberapa wanita mandi di pantai awam dengan memakai ‘Burkini’, pakaian mandi ala bikini yang menutup aurat wanita ciptaan seorang wanita Australia. 


-menara


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top