.... Foto YDP PAS Permatang Pauh Duduk Bersila Bersama Najib | AAKJ



Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan dilihat duduk bersila bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam program Majlis Kenduri Pemimpin Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai, tengahari tadi.

Omar hadir sebagai meraikan kehadiran Najib dalam program di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Majlis Kenduri Bersama Rakyat di Politeknik Seberang Perai mencatat kehadiran teramai iaitu 21,380 orang.

Berlainan dengan sikap PAS, PKR pula berusaha memsabotaj kehadiran Najib ke program itu.

Sekumpulan ahli PKR mengadakan piket membantah kehadiran Najib di luar Politeknik Seberang Perai dan mereka telah ditahan polis.

Mereka yang ditahan ialah Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai, Ong Jing Cheng dan ahli Pemuda PKR, Fahmi Zainol yang kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam di Bandar Perda untuk soal siasat.

Sebelum ditahan polis, ahli-ahli PKR itu membawa sepanduk dan menyebarkan risalah yang antara lain kandungannya mendesak Najib membebaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.


AIDC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top