.... Foto Ahli Majlis Tertinggi Parti Mahathir Ditahan SPRM | AAKJ



Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini lapor Wan Indra Putra Ahmad kerana terlibat dengan rasuah.

“Kompom aku hantar pisang kat masjid Jumaat ni..

“Maki hamun pemimpin UMNO makan rasuah kesudahannya masa ko kat Felda kolah bapak rasuah..

“Allah Taala bayar cash beb..,” dedah Wan Indra dalam facebook.

Sementara itu, mynewshub.cc melaporkan seorang bekas pegawai khas kepada mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad pada jam 4 pagi Selasa, bagi membantu proses siasatan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad sambil menegaskan bahawa lelaki berkenaan ditahan di pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir untuk memberi keterangan.

“Dia akan ditahan reman pada petang ini di Mahkamah Putrajaya,” katanya tanpa mendedahkan lebih lanjut selepas melancarkan Majlis Sahabat Gerakan Revolusi AntiRasuah (Gerah) di Hotel Ansa, Kuala Lumpur, hari ini.

Setakat ini, empat individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan. Skandal tersebut menyebabkan anak syarikat FELDA itu turut mengalami kerugian mencecah jutaan ringgit.

Dzulkifli pada 28 Julai lalu, mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk pembelian sebuah hotel di Kuching pada 2014 itu yang disyaki dibeli oleh pihak FIC dengan harga lebih tinggi berbanding pasaran semasa.

SPRM memulakan siasatan pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat diterima pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan pembelian hotel bertaraf empat bintang di London oleh FIC sebelum ini.

Ini menyaksikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd. Zaid Abdul Jalil ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan setelah hampir 12 jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Media sebelum itu melaporkan hartanah di Kensington tersebut dibeli antara 2013 dan 2015 pada harga 60 juta pound sterling (kira-kira RM330 juta) pada 16 Disember 2014.

AIDC

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top