.... DAP Sediakan RM1 Bilion Dana Hancurkan UMNO BN? | AAKJ



Melihat trend terkini pembangkang, mereka seperti sudah bersedia dengan dana yang lumayan untuk bertempur dengan Barisan Nasional pada PRU ke 14 akan datang.

Pertembungan PRU ke 14 nanti amat jelas - antara Barisan Nasionan yang dipimpin oleh Melayu UMNO dan Cina DAP yang memimpin Pakatan Harapan yang masih menunggu kelulusan penubuhan gabungan pembangkang.

Kalau dahulu, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, parti pembangkang termasuk PAS - mereka kelihatan tidak bermaya kerana kekangan kewangan untuk mentadbir parti malah untuk berhadapan dengan Barisan Nasional yang diitunjangi UMNO dalam mana-mana pilihanraya termasuk pilihanraya Umum.

Namun sejak Anwar dipecat di atas kesalahan beliau meliwat pekerjanya sendiri dan dikenakan hukuman penjarakan selama 5 tahun, pembangkang, terutamanya DAP begitu menonjol umpama sebuah parti yang elit dan mewah bergaya.

Mungkin Anwar banyak 'mengajar' bagaimana untuk mendapat dana samada dana dari tokey-tokey tempatan atau pun dari NGO luar negara yang suka menaja pembangkang sekiranya mereka tidak mampu untuk 'membeli' kerajaan sediada.

Isu dana asing untuk menaja pembangkang ini sudah lama kedengaran dan sehingga kini DAP tidak berani untuk menafikannya. Kemungkinan dana politik disalurkan melalui badan NGO yang sengaja ditubuhkan kononnya bersandarkan servis untuk rakyat. Malah PM Najib sendiri mencabar agar digubal akta khas berhubung dana politik namun ditolak oleh pembangkang. Kenapa tolak dan mengamuk?

Kalau dahulunya jutawan dan super jutawan cina Malaysia banyak menyokong kerajaan kerana nikmat yang mereka perolehi dari pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional terutama negara kekal aman dan mereka bebas berniaga dengan polisi kerajaan BN yang menyenangkan tetapi bermula dengan Anwar bersama pembangkang (mungkin hanya sebagai alasan sahaja) maka mungkin jutawan dan super jutawan cina mula menghulurkan dana kepada DAP terutamanya supaya DAP menang di kesemua kerusi yang mereka tandingi.

Mungkin sudah sampai masanya, mengikut kiraan mereka (cina DAP) bahawa mereka pula ingin menagih kuasa setelah mereka mendapat kekayaan yang luar biasa selama ini melalui budi baik Kerajaan BN yang adil kepada semua kaum - siapa yang kerja kuat dan lebih maka mereka dapat menikmati kelebihan di negara ini.
Sehingga kini sumber kewangan parti DAP menjadi misteri dan rahsia
Kalau Kerajaan BN zalim sejak awal merdeka, nescaya tidak akan ada cina atau bangsa lain yang mampu kaya melebihi Melayu di negara ini. Namun, keadilan dan kesamarataan nikmat yang ada di negara ini terbuka luas kepada siapa sahaja asalkan mereka sanggup berusaha.

Bukan sahaja DAP yang kelihatan seperti sebuah parti politik yang elit, PAN juga kelihatan begitu mewah. Sebagai sebuah parti politik serpihan PAS yang baru ditubuhkan oleh kumpulan mereka yang kalah dalam pertandingan merebut jawatan di muktamar PAS dahulu, dari mana Mat Sabu dan kawan-kawan yang turut tewas mendapat dana? Benarkan PAN ini dibiayai sepenuhnya oleh DAP? Modal permulaan sebanyak RM10 juta dan berada di dalam akaun peribadi Mat Sabu dan hanya sedikit di dalam akaun parti? Mat Sabu perlu perjelaskan isu ini.
Dari mana Mat Sabu dan Wan Azizah dapat dana untuk menguruskan parti masing-masing?
Mat Sabu dikatakan hanya 'bekerja' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai ahli lembaga syarikat air milik kerajaan negeri dan menerima elaun sebanyak RM15 ribu sebulan. (perbetulkan kalau dakwaan ini tidak benar), bagaimana individu yang tidak mempunyai kerja tetap dan hanya mungkin menikmati pencen sebagai ahli parlimen mampu untuk menubuh dan membiayai parti?

Kalau dilihat kawan-kawan yang menyertai dan senasib kalah dengan Mat Sabu dalam pertandingan merebut jawatan di dalam PAS dahulu bukanlah jutawan, bagaimana mereka mampu untuk hulurkan bantuan kepada Mat Sabu sedangkan ketika di dalam PAS dahulu pun mereka hanya melanguk umpama menunggu elaun dari PAS? 

Bagaimana pula dengan parti Anwar Ibrahim? Dari mana pula Anwar mendapat wang yang begitu banyak untuk menguruskan parti miliknya? Selama 16 tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri - bolehkah jawatan tersebut membuatkan anda menjadi seoarang yang kaya raya sedangkan itu hanyalah jawatan makan gaji sahaja dan elaunnya bukanlah banyak seperti anda bekerja dengan syarikat multi nasional.

Adakah Anwar ditanggung oleh proksinya atau Anwar mendapat dana politiknya dari negara Uncle Sam seperti yang digembar gemburkan selama ini? Masih banyakkah baki dana atau Anwar mendapat tajaan dari DAP? Atau mungkin wujud tawaran istimewa yang Anwar tawarkan kepada tokey-tokey tertentu sekiranya pakatan pembangkang menguasai negara dan beliau menjadi Perdana Menteri?

Masuk akalkah kalau Anwar atau DAP atau PAN atau parti pembangkang yang lain hidup kerana kesemua wakil rakyat mereka menyumbang kepada parti setiap bulan? Berapa sangat jumlah yang mereka sumbangkan?

Kalau dikira bukan sedikit wang yang diperlukan untuk mana-mana parti menyertai pilihanraya samada pilihanraya kecil atau umum namun apa yang terlihat sekarang - pakatan pembangkang seperti sudah mempunyai modal yang kukuh untuk melalukan apa saja - "at what ever cost" termasuk menghalakna semua cara asal menang - termasuk membeli calon yang menang pada PRU nanti seperti skandal 16 September?

Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab perlu siasat isu sebegini. Negara akan hancur sekiranya ada pihak luar menjadikan parti politik sebagai agenda proksi mereka menguasai sesebuah negara.

Lebih dibimbangi sekiranya pembangkang menggunakan wang rakyat dari negeri yang mereka kuasai untuk mengaut dana sebanyak yang mungkin untuk kegunaan parti masing-masing.

Tentang parti Mahathir semua rakyat tahulah dari mana beliau ambil duit sebagai dana modal partinya.

Bertindak segera. Negara boleh terjual dengan manusia yang boleh dibeli dengan wang ringgit jiwanya.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top