.... Bila Syariah Diperkasakan, Melayu Akan Jadi Taliban – Zaid Ibrahim | AAKJ



Zaid Ibrahim mendakwa kedudukan Raja-Raja bakal terancam disebabkan oleh ‘Talibanisasi Melayu’, dimulakan dengan usaha untuk merealisasikan impian umat Islam Malaysia yang berharap agar kedudukan Mahkamah Syariah dapat diperkasakan menerusi pindaan Akta 355. 

Melalui penulisan di dalam blognya, Zaid Ibrahim berkata, “Masa depan Raja-Raja sebagai ‘Raja berpelembagaan’ hanya terjamin sekiranya Malaysia bebas dari Taliban dan kekal sebagai negara moden dengan beberapa ciri-ciri demokratik (meskipun masih cacat-cela ketika ini).” 

“Tiada negara dalam dunia ini yang aman apabila parti-parti yang bersifat agama dibenarkan untuk mengenakan perundangan bersifatkan agama,” katanya lagi. 

Beliau mendakwa bahawa perang saudara seperti yang di Syria bakal meletus dalam negara ini sekiranya ‘Taliban Malaysia’ menjadi semakin bertambah kuat dan mula mendesak untuk mengamalkan perundangan agama. 

“Negara-negara seperti Indonesia (kecuali Aceh), Turkey, Jordan, Tunisia, Morocco dan Algeria adalah lebih aman, dan mereka tidak mempunyai undang-undang sepertimana Akta 355 kita,” dakwanya lagi. 

Zaid Ibrahim meramalkan kesejahteraan Raja-Raja Melayu bakal terjejas sekiranya negara ini dilanda kemiskinan dan kehancuran disebabkan oleh perang saudara yang dibayangkan oleh beliau itu. 

Beliau berkata, “Negara yang telah menjadi miskin dan hancur dek perang akan tidak mampu untuk menjaga kesejahteraan walau seorang Raja, apatah lagi kesembilan mereka. 

Raja-Raja Melayu mestilah berwaspada dengan Taliban dari kalangan penasihat-penasihat dan orang-orang bawahan mereka.” 

“Tentu Sultan-Sultan tersebut tidak akan duduk berpeluk tubuh sahaja dan melihat kehancuran budaya Melayu dan karakter rakyat-rakyat mereka sendiri hanya kerana sebilangan Taliban yang sedang berkuasa mendakwa mereka sedang melaksanakan “undang-undang Tuhan”?” katanya lagi. 

Zaid Ibrahim mendakwa para Sultan mempunyai tanggungjawab menurut Perlembagaan untuk mempertahankan budaya dan tradisi masyarakat Melayu – kaum yang aman dan bertoleransi yang cintakan keseronokan, muzik dan budaya. 

Beliau berkata, “Sultan-Sultan mestilah memastikan keadaan kaum Melayu adalah, sepertimana mereka, bijak dalam urusan dunia dan mampu tinggal dalam keselesaan.”

“Mereka akan gagal dalam tugasan mereka sekiranya kaum Melayu menolak pendidikan moden, muzik moden, menentang penvaksinan dan mula tinggal dalam “kelompok-kelompok”,” katanya lagi.


-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top