.... Benarkan Zina, Ajar Seks Selamat dan Halalkan Pengguguran Bayi? – Penolong Pengarang Malaymail | AAKJ



“Kita jadi marah apabila wanita membuang bayi-bayi mereka, tetapi kita sendiri membenarkan sistem yang menggalakkan kehamilan yang tidak dimahukan dengan mengajar menahan diri daripada seks (abstinence) berbanding belajar seks selamat di sekolah, dengan menafikan pasangan tidak bernikah alat cegah hamil di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan dan dengan menjadikan pengguguran bayi haram,” demikian menurut Boo Su-Lyn, Penolong Pengarang Malaymail Online, wartawan penerima Anugerah SUHAKAM. 

Beliau menulis tentang perkara tersebut sebagai respons pihak awam kepada sebuah berita di mana seorang wanita memotong bayi yang dilahirkannya kepada 8 bahagian untuk dibuang. 

“Mari hadapinya – kita tidak boleh (dan tidak sepatutnya) menghalang orang lain daripada melakukan hubungan seks dan melakukan apa yang mereka mahu lakukan dengan tubuh mereka. 

Jadi, perkara yang kemudiannya terbaik ialah untuk menghalang semua kesan yang tidak dimahukan akibat seks (tidak selamat) – penyakit tularan seks, kehamilan yang tidak diingini dan pembuangan bayi”. 

Beliau yang juga antara pengasas NGO BEBAS yang keras menentang Pindaan RUU355, mengatakan bahawa ianya satu perkara yang sangat mementingkan diri apabila polisi-polisi tidak efektif seperti pendidikan seks berpandukan penahanan diri daripada hubungan seks dipromosikan demi kepentingan kepercayaan agama atau keyakinan moral dan kemudiannya mencuci tangan apabila ada pihak memilih untuk tetap menjalankan hubungan seks dan berisiko membebankan negara dengan kehamilan mereka disebabkan oleh kejahilan mereka. 

“Adakah ianya lebih berdosa bagi seorang lelaki untuk hanya melakukan hubungan seks dengan seorang wanita (tanpa bernikah dengannya) sepanjang hidupnya, atau seorang lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang wanita selepas berkahwin beberapa kali?

” Beliau menambah, Islam mempunyai logik yang kelakar apabila ianya berkaitan dengan seks. Agama tersebut menurutnya, menghalang seks sebelum nikah, dan menjadikannya lebih teruk kerana ianya dijadikan satu bentuk jenayah di Malaysia untuk Muslim. 

Membentangkan beberapa kajian yang beliau pilih untuk menyokong kenyataan-kenyataannya berkenaan isu pendidikan seks, Boo Su-Lyn yang sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi melalui cadangan menghapuskan Perkara-Perkara mengenai Islam dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk menutup agensi-agensi Islam, menegaskan perkara berikut : “Kita mesti membolehkan wanita untuk bebas. Tidak memaksa mereka ke dalam institusi perkahwinan jika mereka mahu melakukan hubungan seks….” 

“Kita perlu mula menyekat kehamilan yang tidak dimahukan, bukan hubungan seks luar nikah. Dan membenarkan wanita mendapatkan akses kepada pengawalan kehamilan di hospital-hospital dan klinik kerajaan.”


Sumber: menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top