.... Bank Negara Judikan RM700 Bilion Sebulan Bermain Di Pasaran Forex | AAKJ



Akhirnya, 24 tahun selepas Lim Kit Siang membangkitkan perkara ini di Parlimen dan menuntut siasatan dilakukan ke atasnya, esok, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan menyiasat bagaimana dan mengapa Bank Negara kerugian AS$10 bilion kerana berjudi di pasaran forex.

Seperti yang dikatakan orang, keadilan boleh ditangguhkan tetapi ia tidak boleh dinafikan. Malah Galileo Galilei diampuni oleh gereja hampir 340 tahun selepas beliau meninggal dan 346 tahun selepas beliau dilarang menyertai gereja. Dan Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin bakal menerima keadilannya juga, hampir 30 tahun selepas beliau pertama kali mendedahkan Malaysia kepada muflis.

Sebenarnya, kerugian sebenar yang dialami Bank Negara adalah lebih daripada AS$13 bilion dan bukan hanya AS$10 bilion. Hari ini ia bernilai AS$30 bilion atau kira-kira RM130 bilion. Jadi untuk mengatakan Malaysia kerugian 'hanya' RM30 bilion tidak cukup tepat. Itu adalah RM100 bilion kurang daripada RM130 bilion yang secara nyata telah negara ini rugi.

Lebih penting lagi, Bank Negara telah berjudi pada kadar RM700 bilion sebulan dan jumlah keseluruhan ‘forward position’ ialah AS$150 bilion. Dan memandangkan rizab Malaysia pada masa itu hanyalah AS$ 20 bilion, jumlah itu melampau dan penjenayah itu harus ditembak, seperti apa yang akan mereka lakukan di China.

Orang di belakang operasi itu ialah Nor Mohamed Yakcop dan malah Jaafar Hussein, Gabenor Bank Negara ketika itu, tidak tahu-menahu tentangnya. Tetaapi Jaafar kemudiannya dijadikan kambing hitam dan bahkan Kit Siang memberitahu Parlimen bahawa Jaafar sepatutnya diberikan pingat dan bukannya dihukum kerana jenayah yang tidak pernah dilakukannya.

Jadi itulah kisahnya. Gabenor tidak tahu tentang perkara itu. Nor Mohamed mengendalikan operasi itu dan melaporkan terus kepada Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kerugian sebenar adalah lebih daripada AS$13 bilion atau RM130 bilion pada nilai hari ini. Perolehan bulanan adalah RM700 bilion manakala jumlah keseluruhan ‘forward position’ ialah AS$150 bilion.

Kini anda tahu mengapa Mahathir pergi ke mahkamah dan cuba menangguhkan RCI sama seperti bagaimana Anwar Ibrahim menangguhkan perbicaraan 'Liwat 2' selama tujuh tahun. Mahathir berharap jika beliau dapat menangguhkan RCI selama tujuh tahun maka beliau akan berumur 100 tahun dan kemungkinan besar sudah meninggal dunia apabila RCI dimulakan. Pada masa itu, tidak kira apa yang mereka temui lagi.

Tetapi mahkamah menolak permohonan Mahathir dan esok RCI akan dimulakan. Kemudian rakyat Malaysia akan mengetahui bahawa Mahathir membawa Malaysia ke ambang bencana sama seperti yang berlaku semasa Krisis Peluru Berpandu Cuba. Dan untuk menanggung bencana ini, mereka menjual Malaysia Airlines dengan ‘keuntungan’ yang besar dan memufliskan syarikat penerbangan nasional Malaysia. Ia adalah seperti yang dikatakan orang Cina, menggali satu lubang untuk menutup lubang yang lain.

Dan inilah yang akan dibongkar oleh RCI - bagaimana 'Top Dog' Pakatan Harapan boleh memufliskan Malaysia kerana beliau mahu memberi satu pengajaran yang tidak akan dapat dilupakan kepada Barat. Dan apa yang diperlukan hanyalah seorang lelaki, George Soros, untuk memberi pengajaran kepada Mahathir sebaliknya dan dalam masa dua minggu Malaysia telah kerugian lebih dari AS$13 bilion. Tetapi adakah keseluruhan AS$13 bilion itu disebabkan oleh kerugian perjudian atau sebahagian daripada wang itu disalur keluar melalui 'pintu belakang'?

MalaysiaToday


PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Bank Negara Gambled RM700 Billion A Month Playing The Forex Market. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top