.... Badut DAP Jadi Bodoh Kerana Ambulan | AAKJ




Kecoh dalam 2-3 hari ni berhubung isu harga ambulan yang dibeli oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kononnya tidak masuk akal. Malah keseluruhan serangan fitnah di laman sosial menunjukkan pasukan siber pakatan pembangkang ini bodoh tahap jamban - itu sahaja penilaian yang aakj mampu berikan kepada pasukan siber dedak badut DAP ini.

Tanpa mengira faktor 'added value' yang lain, pasukan siber dedak badut DAP hanya menggunakan formula mudah untuk mendapatkan harga ambulan yang dibeli oleh KKM. Campur, tolak, kali dan bahagi maka dapatlah harga senuah van ambulan yang sarat dengan kelengkapan penyelamat bagi pesakit. Malah pasukan siber dedak badut DAP tidak pandai untuk mengira kos system canggih yang ada bersama dengan van ambulan tersebut.

Pengiraan bodoh siber dedak badut DAP

Taktik lama pasukan siber dedak badut DAP hanyalah untuk menimbulkan keraguan dengan rekayasa fitnah yang nampak seperti ada lojiknya. Namun pasukan badut ini lupa, rakyat Malaysia tidak bodoh dan pelayar laman internet juga tidak bodoh. Hasil pembelajaran di sekolah yang diuruskan oleh Kerajaan Barisan Nasional, rakyat Malaysia tidak bodoh dan tahu permainan politik bodoh oleh pasukan siber dedak badut DAP ini.

Antara kelengkapan di dalan ambulan mengikut kategori

Tambah memalukan pasukan siber dedak badut DAP ini adalah mereka nampak begitu jahil berhubung jenis atau kategori van ambulan yang dibeli oleh KKM. Mungkin bagi pasukan siber dedak badut DAP mereka melihan van ambulan sama dengan van pasar malam dan mereka lupa-lupa bodoh bahawa van pasar malam pun ada yang mahal apabila ada tambahan aksesori untuk kemudahan mereka berniaga.

Van jenazah pun bukan berharga sebuah van kosong. Ini pun pasukan siber dedak badut DAP tidak mampu untuk melihat sebagai contoh perbandingan harga antara van kosong dengan van 'berisi'.

Kelengkapan yang ada mengikut kategori ambulan

Benarkah dalam KKM ada terlalu ramai staf yang membenci Kerajaan BN?
Benarkah isu van ambulan ini juga datangnya dari mereka?

KKM perlu siasat perkara ini. Isu membenci Kerajaan BN adalah isu lain dan isu menjadi dalang utama terhadap memfitnah kementerian yang berjasa kepada rakyat ini adalah isu yang amat serius kesalahannya.


Antara kelengkapan yang ada mengikut kategori ambulan

Keterangan menurut gambar :
1: Defibrillator dengan Pasien Monitor
2: Syringe Pump Pack Set
3: Suction unit
4: High Flow CPAP
5: Syringes and Needles
6: Obat-obatan
7: Rak Peralatan Tambahan
8: Rak Peralatan Tambahan
9: Sarung Tangan Medis
10: Stretcher Brancard Pasien Transport
12: Ventilator Portable

13: Emergency suitcase and backpack

Antara ulasan seorang doktor mengenai isu kebodohan lembu siber dedak badut DAP:


1. Kerajaan sedang menggantikan ambulans secara besar2an sejak 2010 (zaman DS Najib) demi rakyat. 

2. Ini adalah kerana terdapat begitu banyak aduan tentang keuzuran ambulans sedia ada dan perlunya meningkatkan taraf ambulans sejajar dengan pemodenan sistem kesihatan dan kemajuan negara. 

3. Malah keuzuran ambulans ini telah beberapa kali ditegur oleh Jabatan Audit dan disyorkan penggantian. 

4. Sejak 2010 sehingga kini, sebanyak 925 buah ambulans telah dibeli oleh kerajaan dengan nilai hampir RM 400 juta. 

5. Dan bermula 7 Ogos, kerajaan telah menerima perolehan batch pertama 26 buah ambulans dari 530 buah ambulans termoden lengkap dengan Advanced Cardiac Care Unit, ECG with digital telemetry, sistem keselamatan yang unggul (utk pesakit dan staf), critical care monitor, life support ventilator dll. Ini adalah merupakan aset game changer yang akan mengangkat standard Perkhidmatan Pra Hospital kita ke peringkat yang lebih tinggi! 

6. Pembelian 530 biji ambulans kelas tertinggi ini menelan belanja RM 225.2 juta dengan anggaran kos RM 400K plus harga sebuah ambulans dan nilai ini adalah nilai munasabah dan berpatutan bagi sebuah ambulans. 

7.  RM 400 juta yang diumumkan Menteri Kesihatan adalah merujuk kepada jumlah yang dibelanjakan oleh kerajaan sejak tahun 2010 untuk transformasi perkhidmatan ambulans negara kita. 

8. Sebagai seorang doktor yang berurusan dengan kes2 kecemasan setiap hari, saya cukup teruja dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memperbaharui aset kami dengan aset tercanggih yang sudah lama dinanti2kan. Keselamatan staf dan juga pesakit saya lebih terjamin insaAllah dengan aspek keselamatan yang dipertingkatkan. 

9. Oleh itu, tuduhan harga RM 800K untuk sebiji ambulans adalah FITNAH. 

10. Semoga kita semua menjadi netizen yang bijak. 

Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir

Kenyataan rasmi KKM:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.

Perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta.

Dengan kenyataan ini diharap pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memutarbelitkan fakta sebenar bagi mengelirukan rakyat.

Sekian.
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia
8 Ogos 2017


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top