.... Atheist Republic Ugut Kerajaan Malaysia | AAKJ




Atheist Republic mengugut Kerajaan Malaysia dengan tekanan daripada pihak antarabangsa agar tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap ahlinya daripada kalangan Melayu yang telah murtad.

Ugutan itu dikeluarkan Atheist Republic ekoran siasatan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ke atas ahli-ahlinya setelah Atheist Republic melakukan provokasi dengan mengumumkan kewujudan ahlinya daripada kalangan golongan Melayu murtad dan pembukaan pejabat kedutaan haramnya di Kuala Lumpur beberapa hari yang lepas.

Atheist Republic mengugut, “Wahai Kerajaan Malaysia, jauhi daripada ahli-ahli Atheist Republic di negara kamu. Dunia sedang memerhatikan.”

Ketua Pengarah Eksekutif Atheist Republic, yang dikenali sebagai Allie Jackson mengumumkan tentang siri-siri tindakan lain yang sedang mereka ambil bagi melawan usaha siasatan Kerajaan Malaysia.

Beliau meminta pertolongan seorang sahabatnya di Belgium, Wendy-Kjell Deboyser-Vandenberghe supaya meminta bantuan daripada kedutaan Belgium di Malaysia untuk mendapatkan bantuan guaman secara percuma bagi mereka.

Beliau berkata, “Salah seorang ahli kami sedang disoal siasat oleh pihak polis. Nampak gayanya, mereka memang sedang memburu ahli-ahli kita.

Dapatkan mana-mana bantuan guaman secara pro-bono, amat-amat membantu.”

Ditanya sekiranya tindakan tekanan daripada pihak antarabangsa mahupun bantuan guaman percuma tidak membantu, beliau mengatakan bahawa mereka juga sedang mempertimbangkan rancangan untuk melarikan diri ke luar negara atas nama suaka politik.

“Kami sedang mengusahakan beberapa perkara. Rancangan mendapatkan suaka politik dan sebagainya sebagai rancangan alternatif,” katanya lagi. Salah seorang ahli Atheist Republic Kuala Lumpur, Adrian Sergiusz sedang berusaha mendapatkan suara-suara daripada masyarakat antarabangsa untuk menekan Kerajaan Malaysia.

Beliau yang berasal daripada Poland ini sedang berkhidmat di Rafflesia International & Private Schools sebagai seorang pendidik. Gambar di atas menunjukkan antara penghinaan yang dibuat oleh Atheist Republic ke atas agama-agama lain termasuk Islam. 

Gambar di atas menunjukkan antara penghinaan yang dibuat oleh Atheist Republic ke atas agama-agama lain termasuk Islam.
Beliau berkata, “Beberapa orang ahli mungkin menghadapi risiko dipenjara, reputasi mereka dan keluarga mereka meletakkan mereka dalam risiko yang besar.” 

Chal Chalida, salah seorang pengasas Atheist Republic di Malaysia pula menganggap kekecohan yang berlaku ini adalah sesuatu yang remeh dan tidak perlu dirisaukan.

Beliau berkata, “Isu ini akan berlalu sebab mereka ini memang akan update benda baru sejam sekali. Tenanglah. Selepas 24 jam, dah ada lebih kurang 24 benda baru yang mereka share. Selepas seminggu, sudah ada dalam 168 entries baru. Lama-lama orang akan lupa. Tak sesensasi gosip artis.”


-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top