.... AJK Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia Puji Apabila Melayu Jadi Murtad | AAKJ



Dr Patricia Anne Martinez memuji keberanian golongan Melayu atheist yang secara beraninya mengisytiharkan kemurtadan mereka kepada masyarakat umum. 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kristian Malaysia memberi komentar demikian apabila isu berkenaan golongan Melayu yang menyertai gerakan ateis menggemparkan negara baru-baru ini. 

Beliau juga mendakwa bahawa golongan Melayu murtad itu adalah berhak untuk meninggalkan agama Islam sepertimana yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 

Golongan Melayu murtad itu dengan beraninya melakukan provokasi dengan menonjolkan diri mereka sedang bersukaria dalam suatu perjumpaan di pejabat kedutaan haram Atheist Republic of Kuala Lumpur beberapa hari yang lepas. 

Beliau berkata, “Suka dengan keberanian mereka. Kebebasan Beragama menurut Perlembagaan kita dan dalam Hak Asasi Manusia juga adalah kebebasan untuk tidak mempunyai agama.”

 

Persekutuan Kristian Malaysia merupakan sebuah organisasi yang mewakili lebih sembilan puluh peratus gereja di Malaysia dengan jutaan pengikut daripada kalangan penganut beragama Kristian. 

Seorang lagi tokoh gereja, Clement Chin juga bertegas mengatakan golongan Melayu murtad tersebut berhak untuk meninggalkan agama Islam, dan adalah suatu kezaliman sekiranya mereka dipaksa untuk kekal beragama. 

Bekas anggota Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau itu berkata, “Kebebasan seseorang untuk memilih sama ada dia percaya pada agama atau tidak adalah hak sakral individu. 
Memaksa suatu sistem kepercayaan ke atas orang adalah kezaliman.” Aktivis Perhimpunan Bersih itu juga mengkritik semua negara Islam yang menurutnya menyekat kebebasan bersuara dan beragama, namun bebas berdakwah kepada masyarakat bukan Islam. 

Beliau berkata, “Berdasarkan pembacaan-pembacaan saya, tidak ada satu pun negara Muslim yang ada demokrasi yang bagus dan efektif yang memisahkan antara agama daripada pemerintahan.” 

“Mereka akan menghukum mereka yang dituduh murtad, berdakyah kepada umat dan kufur kepada Islam semata-mata. Pada masa yang sama, tidak mengendahkan dakwah yang dilakukan kepada orang-orang kafir,” katanya lagi. Tuduhnya lagi, 

“Secara mutlaknya semua negara Muslim tidak membenarkan kebebasan bersuara dan beragama. Inilah sebabnya Islam yang radikal tidak boleh wujud bersama dengan demokrasi.” 





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top