.... 1MDB: 'Seni Perang Najib' | AAKJ



Sekiranya Najib membalas serangan 1MDB dan membuatnya tidak berkesan sebagai senjata, Mahathir mungkin beralih kepada isu Felda. Dan ini akan merosakkan kerana Felda mewakili 54 kerusi parlimen dan menjadi kubu kuat Umno. Umno perlu mengekalkan 54 kerusi Felda untuk mengimbangi kerusi bandar yang Umno tidak boleh menang dan akan sentiasa kekal kerusi DAP atau Pakatan Harapan pimpinan DAP. Dengan 54 kerusi Felda dan 57 kerusi Malaysia Timur, ia mencapai 111 atau separuh daripada 222 kerusi di Parlimen.
Pada tahun 1990, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seperti beruk. Orang ramai di Terengganu terkejut apabila kata-kata Ku Li dianggap sebagai penghinaan. Ku Li kemudian menjelaskan mengapa beliau berkata Mahathir adalah seperti beruk. Semakin kuat angin monsun membadai, semakin kuat beruk akan memeluk dengan kuat di pokok tersebut. Tetapi apabila tidak ada angin, maka beruk akan jatuh ke tanah.

Oleh itu, janganlah kamu menyerang Mahathir, kata Ku Li. Biarkan dia bosan, melalak dan menjerit sorang diri. Jika anda menyerangnya, dia menjadi lebih kuat. Biarkan dia bersendirian dan akhirnya dia akan turun dari pokok itu dan kemudian anda boleh membantainya sehingga mati. Nasihat yang baik, yang, malangnya, Ku Li sendiri tidak mengambilnya. Namun, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah mengambil pengajaran dalam Mahathirisma dan tahu dengan tepat bagaimana orang tua itu berfikir dan bertindak. Dan Najib menggunakan kemahiran yang dia pelajari untuk mengalahkan Mahathir dalam permainannya sendiri.

Asas kepada Mahathirisma dan peraturan pertamanya ialah dia hanya menyayangi diri sendiri dan bukannya orang lain. Dan beliau banyak menonjolkan orang-orangnya sendiri dan bertindak kejam terhadap mereka, realitinya adalah dengan Mahathir anda mesti bermain ‘dapur politik’, atau kod nama yang digunakan oleh kawan rapat Mahathir sebagai ‘kabinet dapur’. Dalam erti kata lain, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali, mempunyai kata pemutus yang kuat dalam keluarga dan perkara utama baginya adalah anak-anaknya.

Menyedarinya, Perdana Menteri Najib Tun Razak sedar bahawa jika Mukhriz tidak memenangi kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti Umno 2013, selepas kalah dalam pertandingan 2009 untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO, maka mengjangkakan ada datang masalah. Dan hakikat bahawa Mahathir telah memberikan amaran awal tidak lama selepas pilihan raya umum Mei 2013 sudah menjadi tanda yang sangat jelas bahawa ribut telah melanda di kaki langit.



Mukhriz tidak mempunyai harapan untuk memenangi pemilihan Umno kerana beliau bukan dari akar umbi dan Najib mengetahuinya
Najib tahu Mukhriz tidak akan menang. Dia tidak mempunyai apa-apa yang diperlukan untuk menang. Dia terlalu menyendiri, tidak dapat mengingat nama orang atau dari mana mereka datang, berlagak seperti kerabat di raja, tidak pernah melihat orang di mata ketika dia bersalam, dan sebagainya. Dia pastinya bukan ‘pemimpin rakyat’ dan akar umbi Umno tidak suka jenis pemimpin sebegini. Dan hanya kerana dia membawa nama keluarga Mahathir tidak bermakna ia cukup untuk mendapat undi. Malah Najib juga tidak menang kerana nama keluarga Razak tetapi kerana keperibadiannya dan kemesraannya walaupun latar belakang seperti ‘orang istana’.

Najib tahu bahawa serangan Mahathir sudah dekat. Persoalannya bukan kalau tetapi bila dan bagaimana. Dan apabila mereka mensabotaj 1MDB dengan menyekat IPO dan pinjaman bank, Najib tahu di mana serangan itu akan datang. Tetapi itu akan menjadi ‘pautan lemah’ jadi lebih baik Najib menggalakkan serangan itu melalui 1MDB. Jika anda mengetatkan 1MDB dan serangan menjadi sukar, mereka akan mengubah taktik dan anda tidak akan tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Ia seperti apa yang dikatakan Amerika apabila ditanya mengenai Perang Vietnam. Kami memerlukan konflik yang terkawal untuk mengelakkan satu lagi bentuk konflik di luar kawalan kami, kata Amerika Syarikat.

Jadi 1MDB boleh dikawal dan itu akan menjadi ‘konflik terkawal’. Dan itu akan menjadi satu konflik yang tidak akan kemana-mana dan Mahathir tidak akan mempunyai medan yang baharu. Mahathir akan sesat selama bertahun-tahun seperti yang berlaku dalam pertempuran parit di Perancis semasa Perang Dunia Pertama. Hari demi hari mereka akan menembak kosong dan tidak boleh maju atau berundur.

Ia adalah satu strategi bijak yang akan membuat mana-mana general veteran bangga. Sekiranya Sun Tzu masih berada pada hari ini, dia mungkin akan menambah satu lagi poin dalam doktrin Seni Perang Sun Tzu. Pastikan pintu terbuka dan membolehkan musuh anda berjalan masuk dan kemudian pastikan musuh itu dalam pertempuran yang tidak produktif sehingga ia letih dan anda membebaskan diri untuk bertempur di mana-mana pertempuran yang sebenar – Seni Perang Najib.



Najib tahu Mahathir seperti dia tahu apa yang ada di belakang tangannya sendiri sehingga dia tahu bagaimana cara menghumbankan orang tua itu ke lubang
Malah, ini disebut dalam artikel sebelumnya, 1MDB is Najib’s weapon, not Mahathir’s(BACA SINI). Ia seperti seekor ikan yang begitu teruja melihat cacing di dalam air dan tidak menyedari cacing itu dipasang pada cangkuk. Dan ikan yang tidak dapat menutup mulutnya akan tersangkut, seperti apa yang berlaku kepada Mahathir apabila dia membuka mulutnya terlalu banyak.

Dan Najib tahu dia telah memerangkap Mahathir dengan baik dan betul apabila perkara pertama yang dikatakan oleh Mahathir ialah RM42 bilion wang 1MDB telah hilang begitu sahaja. Gotcha! Mahathir tidak tahu apa-apa tentang 1MDB jika dia boleh mengatakan bahawa RM42 bilion wang 1MDB telah hilang entah ke mana. Ia sepatutnya 1MDB meminjam RM42 bilion dengan bersandarkan aset sebanyak RM51 bilion.

Pada ketika itu Najib tahu strategi terbaik adalah untuk diam dan tidak mengatakan apa-apa. Kenapa buka mulut anda dan beritahu orang tua itu bahawa dia salah dan membiarkan dia mencari tahu apa sebenarnya berlaku dan kembali semula dengan kenyataan yang betul? Biarkan dia terus dalam kejahilannya supaya dia akan terus membuat kenyataan yang salah, yang mana ia akan sukar untuk diperbetulkan kemudian, terutama setelah mengatakan perkara yang sama begitu banyak kali.

Mahathir fikir dia melihat peluang, 1MDB, dan dia umpama menggigit kuat seperti seekor anjing dengan tulang. Muhyiddin Yassin, yang juga pernah berdendam terhadap Najib sejak Abdullah memilihnya (Najib) sebagai Timbalan Perdana Menteri juga melihat peluang dalam 1MBD. Yang paling penting, Najib juga menyaksikan 1MDB adalah peluang untuk memusnahkan musuh-musuhnya dalam isu yang bukannya bahaya sebenar dan akan memberi mereka rasa kemenangan palsu walaupun mereka tidak dapat pergi ke mana-mana selama tiga atau empat tahun sehinggalah pilihan raya umum akan datang.

Isu 1MDB juga boleh membantu Najib memadamkan musuh-musuhnya di dalam Umno dan Barisan Nasional. Ahli politik seperti serigala dan apabila pemimpin kelihatan cedera atau lemah, musuhnya akan muncul. Najib terpaksa menyingkirkan musuh-musuhnya dan cara terbaik yang boleh dilakukan adalah kelihatan lemah dan cedera. Kemudian musuh-musuhnya akan mendedahkan diri mereka sendiri.



Mahathir kini tahu dia telah bertemu dengannya lawannya
Dan itulah yang berlaku. Najib tahu kewujudan ANC (Kempen Anti-Najib). Tetapi siapa dalang dan yang lain dalam konspirasi itu? Malah Tengku Razaleigh Hamzah dan Muhyiddin Yassin mengakui bahawa konspirasi itu wujud dan mereka tahu siapa yang berada di dalamnya. Tetapi tidak seorang pun akan mendedahkan senarai penuh konspirator dan Najib perlu mengetahui siapa mereka.

Apabila semua sudah jelas, proksi Mahathirisma seperti Muhyiddin Yassin, Tun Daim Zainuddin, Mukhriz Mahathir, Shafie Apdal, ketua SPRM dan pelbagai pegawai kanan, pegawai utama di Cawangan Khas, Peguam Negara, Gabenor Bank Negara dan beberapa individu utama, dan lain-lain, telah mendedahkan diri mereka – seperti Matthias Chang, Khairuddin Abu Hassan, Sufi Yusof, Kadir Yassin, Zainuddin Maidin, Tong Kooi Ong dan pasukannya di The Malaysian Insider, Clare Rewcastle Brown Dan pasukannya dalam Sarawak Report, dan sebagainya.

Mereka adalah orang penting dalam ANC dan 1MDB adalah isu yang mereka sedang mainkan. Menjelang Disember 2014, ia tidak lagi menjadi rahsia dan apa yang Najib terpaksa lakukan sekarang adalah untuk menjadikan mereka sibuk dan terjebak dalam medan pertempuran 1MDB supaya dia bebas melakukan perkara yang penting untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional memenangi pilihan raya umum akan datang dan Pakatan Rakyat (tidak lagi Pakatan Harapan pada masa itu) boleh disimpan di tempatnya.

Tambahan lagi, Najib boleh mengubah 1MDB dari senjata gangguan massa ke arahnya menjadi kelebihan kepadanya untuk mengukuhkan kuasa beliau di dalam Umno, Barisan Nasional dan kerajaan. Najib tahu bahawa badai akan datang dan apabila ia datang maka anda perlu hadapinya dan bersabar terhadapnya. Dan untuk bertahan dengan ribut seperti itu anda perlukan memperkuat asas anda. Bahaya yang dihadapi Najib bukanlah 1MDB. Sebenarnya, 1MDB tidak bahaya sama sekali tetapi senjata penting untuk mengunci Mahathir dalam penglibatan yang tidak produktif dan melepaskannya. Bahaya sebenar ialah Mahathirisma.

Najib perlu memusnahkan Mahathirisma dan segala yang dipegangnya. Mahathirisma bukan sahaja memusnahkan negara dan merugikan pembayar cukai sebanyak RM200 bilion, ia juga menjatuhkan tiga Perdana Menteri dan tiga Perdana Menteri yang menunggu. Dan sekarang Mahathirisma mengancam untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang lain pada masa yang sama. Selagi Mahathirisma masih ada Najib terpaksa tidur dengan satu mata terbuka.



Apabila Mamak dan orang Cina bersatu maka orang Melayu perlu berhati-hati
Tun Hussein Onn bertahan hanya lebih dari lima tahun. Tun Abdullah Ahmad Badawi bertahan hanya lebih dari lima tahun. Tun Musa Hitam bertahan hanya lebih dari lima tahun. Tun Ghafar Baba selamat hanya lebih dari enam tahun. Anwar Ibrahim terselamat selama hanya lebih lima tahun. Tidak ada yang melebihi tujuh tahun dan Najib menjadi Perdana Menteri pada awal tahun 2009. Ini bermakna Mahathir akan bergerak sekitar 2014-2015 atau lebih.

Dan itulah yang berlaku. Mahathir meminta Khairuddin melepaskan ‘tembakan pertama’ pada Disember 2014 dan pada Januari 2015 Mahathir membentuk ANC. Menjelang bulan Februari mereka sudah bersedia untuk bergerak sehingga enam bulan atau menjelang Julai 2015 Najib akan keluar dari pejabatnya. Ia akan menjadi pertempuran antara Daud dan Goliath dan setiap orang dan anjingnya tahu bahawa Mahathir adalah Goliath. Jadi apa peluang yang Najib ada? – itulah sebabnya mengapa semua pertaruhan bahawa Najib tidak dapat bertahan melebihi tahun 2015.

Dan dalam tempoh enam bulan sehingga Julai 2015 Najib tidak melakukan apa-apa dan tidak berkata apa-apa. Ini memberikan ANC persepsi yang mereka menang dan sepinya Najib adalah kerana dia tidak berkuasa dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas dan mempertahankan dirinya. Tetapi enam bulan menyepi adalah untuk membolehkan musuh-musuhnya menjadi lebih berani dan mendedahkan diri mereka sendiri. Ini adalah persis apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew untuk menghapuskan Komunis di Singapura dan kemudian dia menyerang mereka dan menyelesaikannya sekali gus dan seolah-olah seperti helang yang menyambar arnab sekali gus.

Apa yang lebih penting bukan sahaja Najib mendapat proksi Mahathirisma untuk mendedahkan diri mereka sendiri, dia juga berjaya mendapatkan mereka untuk berkumpul di bawah Pakatan Harapan. Sebelum ini, mereka adalah musuh Najib, jadi ia lebih kepada isu peribadi. Kini mereka adalah musuh-musuh Umno dan Barisan Nasional. Dan kerana itulah maka Umno dan Barisan Nasional akan berjuang di belakang Najib dan bersatu menentang Mahathir yang kini menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan.

Nah, anda telah mendengar tentang Maois, Leninis, Stalinis, dan lain-lain. Mahathir mencipta Mahathirisma dan dia mempunyai sekumpulan pemuja Mahathir untuk menegakkan doktrinnya. Tetapi Najib memerlukan ini untuk menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada Umno dan Barisan Nasional. Hanya dengan itu, Najib akan mengukuhkan kekuatannya dalam Umno dan Barisan Nasional apabila Mahathirisma dan proksi Mahathirisma iaitu ‘Mahathirist’ menjadi ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional. Kemudian sejarah akan berulang apabila sekali lagi Daud membunuh Goliath.



Mahathir kelihatan begitu bodoh dengan lencana ‘Bebaskan Anwar’
Jika ia hanya individu, Najib, melawan Mahathirisma maka ia akan menjadi perlawanan yang sukar. Tetapi jika ia adalah Umno-Barisan Nasional yang bersatu padu melawan Mahathirist-Pakatan Harapan maka pertembungan itu di medan perang yang sepatutnya. Dan inilah yang dilakukan Najib untuk mengasingkan Mahathirisme dan menjadikannya bukan lagi bahagian Umno-Barisan Nasional tetapi sebahagian daripada Pakatan Harapan. Ini adalah satu langkah yang bijak dan Mahathir tidak melihat ini muncul sehingga terlambat baginya untuk melakukan pusingan U.

Menjadikan serangan Mahathir terhadap 1MDB juga bijak. 1MDB adalah isu bandar dan hanya pengundi bandar yang memberi tumpuan kepada perkara itu. Tetapi pengundi bandar sudahpun menjadi ‘anti-establishment’ dan telah selama berdekad. Jadi apa perbezaannya? Tanpa isu 1MDB mereka masih akan mengundi DAP dan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP jadi tidak ada yang benar-benar rugi atau untungnya dari 1MDB.

Sekiranya Najib membalas serangan 1MDB dan membuatnya tidak berkesan sebagai senjata, Mahathir mungkin beralih kepada isu Felda. Dan ini akan merosakkan kerana Felda mewakili 54 kerusi parlimen dan menjadi kubu kuat Umno. Umno perlu mengekalkan 54 kerusi Felda untuk mengimbangi kerusi bandar yang Umno tidak boleh menang dan akan sentiasa kekal kerusi DAP atau Pakatan Harapan pimpinan DAP. Dengan 54 kerusi Felda dan 57 kerusi Malaysia Timur, ia mencapai 111 atau separuh daripada 222 kerusi di Parlimen.

Najib melakukan aritmetiknya dan dia tahu apa yang penting. Bolehkah Umno menang di Kepong, Jinjang, dan lain-lain, walaupun Najib menerangkan isu 1MDB dan membuktikan apa yang dikatakan Mahathir adalah dusta? Walaupun Mahathir secara terang-terangan mengakui bahawa dia berbohong, penyokong DAP tidak akan mengundi Umno. Jadi mengapa bimbang tentang apa yang dikatakan oleh Mahathir? Tumpukan kepada kerusi Felda dan Malaysia Timur dan pastikan pengundi di sana gembira. Dan biarkan Mahathir membicarakan tentang 1MDB supaya dia tidak pergi ke Felda atau Malaysia Timur.

Dengan bercakap tentang 1MDB, umpama anda berkhutbah kepada orang yang sudah bertobat. Ia seperti mengajar kepada umat Islam ketika solat Jumaat tentang betapa hebatnya Islam. Cuba pergi ke gereja pada hari Ahad dan lihat berapa ramai orang Kristian menukar agama Islam selepas anda berkhutbah selama satu jam. Itulah yang penting. Dan Mahathir tidak menukar mana-mana orang Kristian kepada Islam, jadi untuk bercakap, kerana dia mengajar kepada mereka yang sudah beragama Islam.



Pakatan Harapan sebenarnya berkisar tentang membebaskan Anwar daripada penjara semata-mata
Mahathir memberitahu lingkaran dalamannya, beliau telah membazir tiga tahun bercakap mengenai 1MDB dan tidak banyak yang diperoleh. Dia tahu bahawa isu 1MDB tidak akan menjatuhkan Najib. Umno dan Barisan Nasional tidak akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana 1MDB. Sebaliknya, kerana mereka menyia-nyiakan terlalu banyak masa pada 1MDB, mereka kini hanya mempunyai sedikit masa untuk bersiap sedia bagi pilihan raya umum akan datang. Terdapat begitu banyak isu dalaman di Pakatan Harapan yang perlu diselesaikan tetapi tidak dilakukan kerana mereka fikir menyerang 1MDB sudah cukup untuk menjatuhkan Najib.

Sekarang mereka tahu satu-satunya cara untuk menjatuhkan Najib adalah dengan menyingkirkan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum. Tetapi mereka menyia-nyiakan tiga tahun memberi tumpuan kepada 1MDB dan kini masa tidak lagi berada di pihak mereka. Dan kerana masalah dalaman, mereka mungkin tidak memenangi 82 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008. Kini mereka berjuang untuk menang walaupun hanya 70 kerusi. Dan mereka memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Secara praktikalnya permainan tamat untuk Pakatan Harapan. Satu-satunya harapan mereka ialah 1MDB akan menjatuhkan Najib. Dan Najib sepatutnya disingkirkan dua tahun lalu pada tahun 2015. Anda tidak boleh menukar kuda di tengah-tengah tetapi ini yang perlu dilakukan sekarang. Tetapi kuda mana yang mereka naik sekarang? Mahathir berharap kuda baru ini adalah kapal selam Scorpene. Tetapi adakah isu seperti kapal selam dan jet tempur penting kepada orang-orang Melayu di kawasan tanah besar seperti peneroka Felda, dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak?

Dan dengan perkembangan terkini di Amerika Syarikat kelihatan seperti perkara AS DoJ tidak lama lagi akan berakhir manakala saman PAS terhadap Clare Brown dari Sarawak Report akan mendedahkan bahawa dia tidak pernah mempunyai bukti untuk membabitkan Najib dalam salah laku 1MDB seperti yang dia dakwa.



Najib, dan bukan Mahathir, melepaskan tembakan terakhir
Malaysia Today

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal How Najib Trapped Mahathir By Keeping Quiet. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top