.... Yang Menipu CEO IPIC Yang Dimaki Perdana Menteri Malaysia | AAKJ



Keanehan Rakyat Malaysia Dalam Kontroversi 1MDB-IPIC

Oleh Ab Jalil Backer

1. Sejak beberapa hari ini saya agak aktif di beberapa page Facebook dan akaun twitter melihat dan memberi beberapa pandangan mengenai isu IPIC dan 1MDB.

2. Rupanya di sebalik pelbagai penerangan oleh Tun Faisal, LSS dan lain-lain, masih ramai rakyat Malaysia membuat tohmahan tidak benar dan mendakwa penyelesaian ini merupakan satu kerugian besar 1MDB.

3. Mereka mendakwa tindakan 1MDB bersetuju bayar IPIC USD 1.2B merupakan pengakuan 1MDB berlaku penyelewengan dalam transaksi kepada IPIC/AABAR BVI.

4. Kata mereka lagi, “JIKA TIDAK SALAH KENAPA BAYAR SEMULA KEPADA IPIC APA YANG TELAH DIBAYAR KEPADA AABAR BVI SEBELUM INI?” Kesimpulan ini tidak betul sama sekali.

5. Dalam kenyataan kepada Bursa Saham London, jelas sekali 1MDB bersetuju membayar semula “cash advanced” yang diberikan oleh IPIC kepada mereka pada 2015 dan beberapa obligasi IPIC kepada bon1MDB pada 2015 dan 2016. Keseluruhan jumlah ini ialah USD 1.2B.
International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), the Minister of Finance (Incorporated) Malaysia (MoF Inc.) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) are pleased to announce that an agreement has been reached between all parties that provides for a settlement in respect to the arbitration proceedings at the London Court of International Arbitration (the Settlement). The agreement is conditional on the Arbitration Tribunal making a consent award by 31 May 2017.
Under the terms of the Settlement, IPIC will receive an amount of US$602,725,000 by 31 July 2017 and a further amount of US$602,725,000 by 31 December 2017.
Separately, 1MDB and MoF Inc., undertake to IPIC to assume responsibility for all future interest and principal payments under the two bonds issued by 1MDB Group companies that are guaranteed by 1MDB and IPIC; (i) US$1,750,000,000 fixed rate 5.75 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy (Langat) Limited and (ii) US$1,750,000,000 fixed rate 5.99 per cent. notes due 2022 issued by 1MDB Energy Limited.
The parties have provided suitable undertakings and indemnities in respect of the performance of obligations under the Settlement.
The parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities.
6. Pembayaran ini tidak ada kena mengena dengan urusniaga dan transaksi yang menjadi pertikaian antara 1MDB dengan IPIC berkenaan AABAR BVI.

7. Dalam para akhir persetujuan yang direkodkan kepada Bursa Saham London, “The parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities.”

8. Ini bermakna tiada pengakuan bersalah 1MDB dalam isu AABAR BVI ini. Malah dalam persetujuan yang sah dari segi undang-undang ini, 1MDB mengheret IPIC supaya berunding lanjut, bukannya menolak mentah-mentah pertanggungjawaban mereka dalam hal ini.

9. Dari segi undang-undang, IPIC tidak dapat mencuci tangan sepenuhnya dalam isu AABAR BVI kerana pemegang sahamnya ialah Khadeem al-Qubaisy dan Mohamed al-Husainy.

10. Khadeem merupakan CEO IPIC, manakala Mohamed merupakan CEO AABAR PJS LTD (IPIC) ketika urusniaga tersebut berlaku.

11. 1MDB mendakwa kedua-dua mereka telah memberi maklumat dan gambaran palsu bahawa AABAR BVI adalah milik penuh IPIC.

12. Sebab itu, 1MDB dan Menteri Kewangan Kedua, Johari Ghani menyatakan mereka yakin mempunyai dokumen yang mencukupi bahawa sebarang penyelewengan berpunca dari IPIC bukannya 1MDB jika pertikaian di tribunal berterusan.

13. Namun kerajaan juga harus melihat risiko. Apa sahaja boleh berlaku dalam tribunal terutama dalam keadaan membabitkan dua negara. Keputusan tidak semestinya menyebelahi kita seperti mana kes Pulau Batu Putih beberapa tahun lalu.

14. Sebab itu, persetujuan dibuat dalam keadaan “win-win situation”. Setakat ini kedua-dua pihak tidak mengalami apa-apa kerugian.

15. Malangnya, dalam rundingan akan datang 1MDB akan berada dalam keadaan sukar kerana rakyat Malaysia sendiri telah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan Perdana Menteri.

16. Bukankah sepatutnya kita bersatu mendesak IPIC bertanggungjawab kerana penyelewengan ini dilakukan oleh dua pegawai eksekutif tertinggi mereka?

17. Jika ada kerugian nanti, sebahagiannya kerana kecuaian 1MDB dan sebahagian lagi kerana sikap penting diri pembangkang.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top