.... Warga Kelantan Dahagakan Hiburan Wanita Disebat — Nik Elin Nik Rashid | AAKJ





Menonton wanita yang dihukum sebat di khalayak ramai bagi kesalahan moral adalah hiburan yang amat didambakan oleh warga Kelantan memandangkan pusat hiburan di sana adalah kurang, dakwa Nik Elin Zurina Binti Dato’ Nik Abdul Rashid. 

Nik Elin berkata, “Kelantan tidak ada banyak pusat hiburan.” “Jadi, ramai warga Kelantan akan dahagakan hiburan seperti itu di mana mereka boleh menonton wanita disebat kerana kesalahan moral seperti zina (6 sebatan), persediaan untuk melakukan zina (3 sebatan), minum arak (6 sebatan) dan liwat (6 sebatan).” 

Peguam yang berasal dari Kelantan itu kemudian bercerita tentang Arena Colosseum dan ‘arena baru’ di Padang Merdeka, seolah-olah sebatan syariah di hadapan khalayak itu umpama hiburan kejam tidak bertamadun sama seperti yang berlaku pada zaman Rom purba. 

“Arena Colosseum dibina pada zaman Rom purba sekitar 70 masihi. Ia dapat menampung 50,000 orang pada satu masa dan diingati sebagai tempat di mana penjenayah tidak bersenjata dan tawanan perang dilemparkan ke singa lapar diikuti sorakan orang ramai. Cara mati yang kejam dan tidak bertamadun.” 

“Hari ini, saya mendengar berita Padang Merdeka di sebelah Masjid Muhammadi akan menjadi ‘arena baru’ di mana pesalah jenayah syariah akan dihukum,” katanya lagi. 

Beliau membayangkan keuntungan yang bakal diperolehinya dengan menyewakan kediamannya sebagai hotel kepada warga Kelantan dari kawasan pinggir negeri yang mahu berhibur dengan menyaksikan hukuman tersebut dijalankan. 

Nik Elin berkata, “Saya mungkin berpeluang untuk menjana keuntungan daripadanya kerana saya pasti akan ada ramai dari kawasan pinggir Kelantan yang ingin melihat sebatan khalayak ini dan mereka mungkin perlukan tempat tinggal.” 

“Saya boleh sewakan kediaman kami sebagai hotel,” tambahnya lagi.

- Menara.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top