.... Wanita Pakatan Harapan Gesa Sekat Umat Islam Kahwin Awal? | AAKJ





Kerajaan digesa supaya umur perkahwinan bagi pasangan Muslim, khasnya wanita Muslim dinaikkan kepada 18 tahun berbanding 16 tahun dan ke bawah (dengan kebenaran daripada Mahkamah Syariah). 

Perkara ini dibangkitkan oleh Wanita Pakatan Harapan yang mahu kerajaan mengkaji semula dan meletakkan tahap umur 18 tahun sebagai umur minima layak mendirikan rumah tangga. Bercakap di Ibu Pejabat DAP, Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan kenapa kerajaan membenarkan perkahwinan bagi wanita pada umur 16 tahun. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching pula mendakwa isu kahwin muda bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan kerana ianya terbukti membawa kesan negatif secara mental dan fizikal serta ianya mempertingkatkan risiko penderaan seksual dan rumahtangga. 

Teo Nie Ching pernah sebelum ini dikecam kerana dikatakan mempersoalkan nikah muda namun mempertahankan seks luar nikah dikalangan anak muda. Jika pertuduhan rogol timbul akibat daripada hubungan seks luar nikah bawah umur, Teo Nie Ching mencadangkan supaya alasan ‘sweetheart defence’ digunakan berbanding pertuduhan rogol. 

Dalam Islam, umur seseorang itu bukanlah faktor penentu untuk mendirikan rumahtangga. Mana-mana individu yang telah mencapai usia baligh (kematangan seksual), sudah mencapai umur yang dibenarkan untuk mereka berkahwin. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum mana-mana pasangan muda ingin melangsungkan perkahwinan.

- Menara.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top