.... Undi Pembangkang = Undi DAP? | AAKJ





TIDAK salah bercita-cita atau mengimpikan menjadi parti pemerintah bagi sebuah parti politik. Itu bukanlah perkara luar biasa. Namun yang perlu direnungkan oleh rakyat ialah kesannya kelak.

Rakyat harus maklum bahawa parti-parti lawan pesaing Barisan Nasional (BN) mempunyai maksud yang tidak ikhlas, sangat oportunis dan penuh hipokrasi.

Mereka teringin sangat nak ada pejabat di Putrajaya. Teruja tinggal di Seri Perdana.

Orang Melayu khususnya harus beringat satu perkara - satu undi mereka penting demi keutuhan umat Islam dan kestabilan negara ini.

Bukan mudah sebenarnya hendak menjadi ‘pendua’ BN. Dalam Pakatan Harapan sendiri berkecamuk.

Ada parti berkisar parti ‘Anak Beranak Sendirian Berhad’. De­ngan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, actually, all are merely ceremonial.

Sebabnya, dalam sistem parti terbabit, Setiausaha Agung le­bih berkuasa daripada Pengerusi. Mereka ini tak henti-henti berkokok dan menjerit mendakwa parti mereka memperjuangkan pelbagai kaum.

Namun jika dikaji daripada senarai kepimpinan Pusat, dapat dilihat orang Melayu dan Bumiputera yang membentuk hampir 67 peratus rakyat, hanya setakat mempunyai satu dua wakil.

Le­bih dahsyat lagi, kelompok Bumiputera Sabah dan Sarawak langsung tidak diwakili. Adakah itu namanya demokrasi dan parti bersifat terbuka?

Apabila gelanggang pengundian pilihan raya umum (PRU) ke-14 dibuka nanti, yakni jangkaan Oktober/November ini atau Februari/Mac 2018, ingatlah satu perkara:

“Mengundi calon Pakatan Harapan bermakna menyokong DAP yang dikepalai Lim Kit Siang. Sebabnya mudah sahaja - jumlah kerusi DAP adalah terbanyak dalam kalangan parti sekutunya.”

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top