.... Top Dog: Pemimpin Gila Talak Tidak Diterima Rakyat | AAKJ





Rakyat harus menolak pakatan pembangkang yang berketuakan pemimpin 'gila talak' kerana mereka hanya bermimpi di siang hari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan pembangkang tersebut tidak akan ke mana kerana mempunyai tiga nakhoda.

"Rakyat telah berikan peluang selama 22 tahun untuk 'top dog' itu memimpin tetapi kali ini apabila 'gila talak' telah berlaku maka tibalah masanya rakyat menolak pakatan impian siang hari yang berketuakan seorang yang 'gila talak'.

"Apabila ada tiga nakhoda dalam satu kapal, kita tidak perlu berdoa lagi, kita hanya perlu tunggu dan melihat sesungguhnya dalam waktu terdekat kapal itu akan tenggelam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Orghe Parlimen Terre (OPT) di Ketereh di sini.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ketua UMNO bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top