.... Tersandarkah Melayu pada mereka? | AAKJ





Macam manalah orang Melayu hendak bersandar kepada parti-parti kecil Melayu dalam Pakatan Harapan dikepalai DAP ini kalau usaha untuk mene­gakkan syiar Islam pun dibantah oleh ketua-ketua mereka. Itu bacaan mudah difahami orang Melayu.

Maka dengan itu PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) janganlah kecewa atau kecil hati kalau UMNO dan Pas lebih diyakini orang Melayu untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan Islam.

Contoh paling dekat de­ngan orang Melayu ialah apabila PKR, PAN dan PPBM cuba menghalang pelaksanaan hukuman lebih berat di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, pindaan Rang Undang-Undang (RUU 355) baru-baru ini.

Ini disifatkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai melakukan kejahatan yang tidak boleh diizinkan oleh umat Islam.

“Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia,” kata Abdul Hadi menerusi tulisan di Facebook April lalu.

Yang hairannya, mereka yang menentang RUU 355 ber­kenaan bukanlah orang baharu yang baru kenal dengan hasrat dan matlamat pelaksanaannya.

Salahuddin Ayub, Khalid Abdul Samad dan Mohamad Sabu bukankah anda semua dari Pas dulu? Malah yang lebih menghairankan RUU 355 ini tidak menjentik sedikit pun orang bukan Islam. Tujuannya murni untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Tetapi dek bermain-main di belakang tabir DAP, inilah menyebabkan ketua-ketua Mela­yu dalam pakatan itu menikus tanpa memperjuangkan RUU 355.

“Mereka menjerit sambil melaungkan kata-kata kurang sopan kerana marahkan Pas hendak memperkasakan undang-undang yang berkaitan dengan umat Islam.

“Mereka ini bukanlah ciri-ciri anggota Parlimen sejati yang dipilih rakyat, sebaliknya hanya memperlihatkan akhlak murahan, “ kata Abdul Hadi tempoh hari.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top