.... Teresa Kok Kata ROS Memfitnah DAP | AAKJ





DAP menafikan parti itu konon mempunyai 120 buah cawangan ‘hantu’ seperti yang didedahkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mendakwa perkara itu yang menyebabkan ROS tidak mengiktiraf pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada 29 September 2013.

“Tuduhan ROS bahawa DAP mempunyai 120 buah cawangan hantu adalah fitnah tidak berasas

“Saya ingin menegaskan bahawa DAP tidak mempunyai 120 buah cawangan hantu, sepertimana yang didakwa oleh pihak ROS,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teresa turut berdalih dengan mendakwa kononnya ROS tiada sebarang bukti DAP mempunyai 120 cawangan hantu.

Sehubungan itu, beliau tetap bertegas pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas DAP pada 29 September 2013 adalah sah mengikut peraturan Perlembagaan DAP.

“Juga perlu ditegaskan bahawa pihak kami telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada ROS selama ini.

“Pihak DAP sedang berusaha untuk mengaturkan pertemuan dengan ROS secepat mungkin,” katanya.

Beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang sebelum ini pula menuduh kononnya ROS bersengkongkol dengan kerajaan untuk mengharamkan DAP.

Ironinya, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah pada 7 Julai lalu menyatakan pihaknya hanya meminta DAP mengadakan semula pemilihan CEC baru.

Malah, kata beliau, ROS menganggap DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan tidak berniat sama sekali untuk membatalkan pendaftaran DAP.

Arahan itu terpaksa dibuat ekoran pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti berkenaan pada 29 September 2013 dianggap tidak sah berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Situasi itu berlaku apabila DAP mengadakan pemilihan pada 15 Disember 2012 tetapi berlaku kesilapan teknikal sehingga menjejaskan keputusannya.

Parti itu kemudian secara sukarela mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013, namun sebahagian daripada anggota parti tidak berpuas hati kerana mendakwa berlaku kepincangan lalu membuat aduan kepada ROS.

Sebilangan pihak berpendapat pemimpin DAP berkeras tidak mahu menuruti arahan ROS kerana masing-masing bimbang boleh kehilangan jawatan yang disandang ketika ini.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top