.... Tayangan Filem GAY Jadi Bukti Islam Semakin Lemah Dibawah Kerajaan Pakatan | AAKJ





Islam akan semakin lemah dibawah kerajaan puak Pakatan Harapan. Buktinya apabila sebuah filem gay dari Vietnam yang ditayangkan secara percuma di Pusat Seni Persembahan Pulau Pinang (PenangPAC), semalam. Namun bagaimanapun, filem yang sepatutnya ditayangkan semalam itu telah dibatalkan.

Pembatalan itu dikatakan kerana akibat masalah teknikal. Menurut penyelia pentas, Arnolld Hooi, tayangan filem berjudul ‘Lost in Paradise’ itu dibatalkan akibat masalah teknikal.

“Kami terpaksa menggantikan dengan filem lain selepas mendapati terdapat beberapa adegan tidak dapat dimainkan dengan lancar ekoran masalah CD (cakera padat),” kata Arnolld.

Sepertimana yang diketahui Malaysia sebagai negara Islam tidak mengiktiraf kaum LGBT merujuk kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender untuk mendominasi negara. Homoseksualiti ini sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Maka dengan ini, gerakan kumpulan LGBT dianggap sebagai musuh Islam. Menentang LGBT itu sememangnya perlu dan satu kefarduan. Ini jelas apabila gesaan-gesaan LGBT untuk menuntut hak kebebasan merobohkan sistem kekeluargaan dalam Islam.

Meskipun kecenderungan seksualiti LGBT tidak diterima di Malaysia, namun Penangpac sebagai penganjur seolah-olah tidak mengendahkannya dengan membuat tayangan sedemikian. Disebabkan itu, bila ditanya mengenai sensitiviti masyarakat Muslim sekiranya filem sedemikian tetap diteruskan tayangan, Arnolld enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak dapat memberi apa-apa komen mengenai perkara itu buat masa ini,” katanya.

Filem yang diberi jolokan nama ‘filem gay pertama Vietnam’ oleh Agence France-Presse (AFP) ini dilaporkan menceritakan mengenai percintaan tiga segi di antara tiga lelaki dan berlatarbelakangkan sindiket pelacuran kaum lelaki di Ho Chi Minh.

Malah, filem ini dilaporkan banyak memuatkan babak-babak lelaki bertubuh sasa yang mendedahkan tubuh dalam posisi-posisi yang menghairahkan untuk sengaja membangkitkan nafsu ghairah para penonton daripada kalangan gay.

Susulan pembatalan itu, digantikan dengan drama muzikal. Sebelum ini, PenangPAC juga dalam status Facebook sebelum ini berkongsi poster Lost in Paradise termasuk serba sedikit maklumat mengenai filem berkenaan “Filem dunia terbaik bulan ini, kami persembahkan filem gay Vietnam pertama.”

Bagaimanapun, status berkenaan telah pun diturunkan. Menerusi Facebook, PenangPAC mengumumkan slot semalam akan diisi dengan filem muzikal West Side Story.

“Kami meminta maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Lost in Paradise akan digantikan dengan filem berasal dari Amerika Syarikat terbitan 1961, West Side Story,” menurut kenyataan itu.

Walau apa pun, tindakan penganjur Penangpac menayangkan filem gay dari Vietnam ini secara percuma di Pulau Pinang memperlihatkan penguatkuasa seolah gagal melaksanakan peranan memelihara kepentingan rakyat.

Itulah yang disifatkan oleh Yang Dipertua Isma Seberang Perai Utara, Abdul Rahim Sudin. Beliau kesal dan kecewa genre yang menyalahi tabiat manusia itu sendiri dengan mudah ditayangkan untuk tontonan umum.

“Meskipun kerajaan Pulau Pinang DAP membenarkan tayangan itu , namun hakikatnya jelas dalam Al-Quran tabiat homoseksual itu tidak dibenarkan dalam Islam.

“Sepatutnya ada pihak yang memantau, tidak kisahlah kementerian mana sekalipun, mereka harus memastikan sebarang paparan gayahidup LGBT tidak dibenarkan sama sekali dari kaca TV, media elektronik di layar perak atau oleh pihak tertentu.

“Bahkan kerajaan juga harus bertindak tegas kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan homoseksualiti dan berobjektifkan mempromosi gayahidup LGBT. Keterlibatan mereka adalah ancaman kepada masyarakat,” kata Abdul Rahim.

Sementara itu Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, pula berkata pihaknya sudah menghantar jemputan kepada PenangPAC untuk membincangkan isu berkenaan.

“Saya hanya tahu mengenai tayangan filem berkenaan pada hari ini, dan difahamkan ia sudah dibatalkan,” kata Abdul Malik.

Untuk melindungi Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada disalahkan, Abdul Malik cuba menegaskan bahawa PenangPAC adalah sebuah badan persendirian dan tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri.

“Bagaimanapun untuk memenuhi tanggungjawab saya sebagai exco hal ehwal Islam, saya mesti bertemu dengan PenangPAC untuk membincangkan perkara berkenaan,” katanya.

Ini bukan kali pertama Abdul Malik mempertahankan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sebelum ini beliau juga mempertahankan tindakan Lim Guan Eng yang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang berbuka puasa dengan umat Islam.

Tindakannya itu selepas kumpulan Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) menghalang orang bukan Muslim menyertai buka puasa, yang khasnya ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. -Utaranews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top