.... 'Tangan Kanan, Kiri Mahathir' Sudah Tidak Seperti Dulu Lagi.. | AAKJ




Rakyat Malaysia sudah tidak tahu entah pusingan ke berapa Kit Siang dan Mahathir menyerang Najib dengan isu 1MDB.

Kalau dulu, Kit Siang menyerang Mahathir dengan isu perjudian duit rakyat melalui Forex Bank Negara selama 20 tahun. Jadi tidak perlu gusar kalau kali ini Kit Siang bersama dengan sekutu baru politiknya menyerang Najib dengan isu 1MDB dengan pelbagai versi - bermula dengan "duit 1MDB hilang dengan jumlah yang berubah-ubah".

Berlainan dengan serangan Kit Siang terhadap Mahathir berhubung skandal perjudian wang rakyat melalui Forex Bank Negara.

Kit Siang hanya menggunakan satu angka sahaja dan angka tersebut tidak pernah berubah pun selama 20 tahun ketika menyerang Mahathir. Yang mengubah angka kehilangan duit rakyat ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah Mahathir, Anwar dan Daim - menurut Malaysia Today, baca: Mahathir Dan Daim Menipu Berhubung Kerugian FOREX

Sebelum Trump mengambil alih jawatan Presiden Amerika dari Obama, Peguam Negara US ketika itu telah pun kononnya membuat pendakwaan terhadap "1MDB" dan jawapan ketika itu telah pun diberikan oleh kerajaan Malaysia melalui Pejabat Peguam Negara bahawa hasil siasatan PAC, Jabatan Audit Negara, SPRM adalah tiada wang milik 1MDB hilang.

Kini tiba-tiba Jabatan Peguam Negara US membuat pendakwaan kali kedua. Tapi bila diamati, tiada nama PM Najib dan 1MDB yang disiasat. Baca di: 1MDB : Tiada Bukti, Barang Kemas MO1 Hanya Sekadar Cerita

Menurut sumber, ada unsur rasuah sehingga RM50juta untuk memanaskan episod baru Doj-1MDB ini. Malah menurut sumber lagi:
Syed Saddiq mendedahkan kepada tiga Ahli Exco mengenai pertemuannya dengan Mahathir dan Daim, dan mendedahkan bahawa mereka tahu tentang pengumuman AS-DoJ 15 Jun 2017 lama sebelum ianya terjadi, dan mereka membelanjakan RM50 juta dalam operasi ini, US $ 5 Juta yang disalurkan ke Yayasan Clinton, keseluruhan konspirasi telah terbongkar dan ramai yang akan dihukum.
Malah sumber yang sama mendedahkan betapa keluarga Mahathir terutama anak-anaknya sudah dapat menjangkakan Mahathir bakal tersungkur di penjara kerana pembongkaran skandal kehilangan duit rakyat melalui perjudian Forex Bank Negara sudah tidak dapat ditutup lagi.

Pertemuan anak Mahathir, Mokhzani dengan pegawai penasihat Najib umpama 'check mate' dan Mahathir sekarang mungkin sedang berfikir siapakah lagi yang mampu membantu beliau, Kit Siang bakal menjadi saksi utama skandal ini, Anwar dan Daim bukan saksi tetapi turut sama mungkin sebagai suspek?.

Mungkin Kit Siang hanya berlakon tidak puashati dengan Suruhanjaya yang dibentuk untuk menyiasat skandal Forex tersebut, dalam hatinya siapa yang tahu beliau sedang bersyukur bahawa akhirnya usaha selama 20 tahun 'membawa kes kehilangan wang rakyat akibat perjudian melalui Forex Bank Negara' menemui kejayaan.

Namun mengenali Mahathir, apabila tangan kanannya bergerak maka kena beri perhatian yang lebih kepada pergerakan tangan kirinya. Tapi itu dulu. Sekarang, belum pun sempat Mahathir menggerakkan mana-mana tangannya, orang sudah boleh hidu apa yang beliau akan buat.

Memualkan apabila tiba-tiba Mahathir bersuara sehari dua yang lepas berhubung Kerajaan BN akan memenjarakan pemimpin politik pembangkang sebelum PRU14. Nampak tak 'gerakan tangan ajaib' Mahathir tidak sukar lagi untuk dibaca.

Yang sebenarnya mungkin Mahathir sudah tahu bahawa hayat beliau berakhir di penjara dan itu sebabnya kemungkinan rundingan sudah berjalan - worst case, Mahathir dikenakan tahanan penjara di rumahnya. Baca Mokhzani Bertemu Penasihat Najib? 

Cubaan Mahathir untuk mencipta persepsi betapa jahat dan zalimnya Kerajaan BN gagal sama sekali. 

Mungkin Mokhzani boleh memberi penjelasan rasmi, betulkah dakwaan Malaysia Today berhubungan pertemuannya itu.
Tuan rumah berkali kali mengatakan duitnya tidak hilang, orang dari kampung lain pula sibuk mengatakan terjumpa duit tuan rumah di kampung mereka - gila!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Syabas, memang mereka gila. Macam macam gila ada kumpulan hp ni.

      ReplyDelete

     
    Top