.... Taktik Kotor DAP Kaburi Mata Orang Melayu | AAKJ






Struktur kepemimpinan Pakatan Harapan yang diketuai DAP yang kononnya dikuasai pemimpin Melayu dan Islam hanyalah strategi untuk mengaburi mata rakyat, khususnya orang Melayu.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin menjelaskan, jika dilihat daripada barisan kepemimpinan ter­tinggi pakatan itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seolah-olah mendominasi tetapi hakikatnya tidak.

“Ini semua untuk kaburi mata orang Melayu kononnya PPBM ketua, hakikatnya DAP yang mengawal pakatan itu. Ini bukan pakatan harapan tetapi punah harapan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat dekat sini hari ini.

Dalam pada itu, Nazir Hussin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa melontarkan persoalan mengenai calon Perdana Menteri daripada pakatan berkenaan.

Beliau memberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicadangkan oleh PKR tidak mungkin menjadi Perdana Menteri ketujuh kerana berada di dalam penjara, selain tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jadi siapa Perdana Menteri ketujuh? Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak bertanding, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu jadi Menteri Besar pun tidak dapat, inikan pula Perdana Menteri.

“Timbalan-timbalan Presiden Pakatan Harapan? Tan Sri Muh­yiddin Yassin ada isu yang perlu dijawab, Lim Guan Eng juga terlibat dengan beberapa dakwaan manakala Mohamad Sabu pula ada terpalit dengan skandal. Jadi siapa yang layak?” ujar beliau.

Dalam pada itu, berkaitan cabaran Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri, DatuK Seri Najib Tun Razak untuk bersemuka dengannya dalam ‘Nothing to Hide 2.0’, Nazir Hussin mencadangkan Pengerusi PPBM itu fokus kepada usaha menyelesaikan masalah dalaman partinya terlebih dahulu.

Beliau berkata, Dr. Mahathir juga sehingga hari ini tidak menjawab mengenai dakwaan kekayaan dimiliki anak-anak beliau.

“Perkara itu disuarakan sendiri oleh Exco Armada PPBM, tetapi Dr. Mahathir sehingga hari ini tidak jawab. Selesaikan dulu masalah dalaman parti beliau, sebelum nak cabar-mencabar orang lain,” jelas beliau.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top