.... Sudah Guna RM2 Juta | AAKJ





Jumlah kutipan derma pelbagai pihak termasuk orang ramai kepada Tabung Akaun Amanah Lebuh Raya Rakyat yang diwujudkan Kerajaan Pas Kelantan sejak lima tahun lalu kini mencecah RM3.32 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM2 juta telah dibelanjakan bagi membiayai sebahagian daripada projek tersebut.

Katanya, projek terbabit melibatkan kerja-kerja pembinaan laluan bermula dari Bukit Tiu sehingga Berangan Mek Nab, Machang sejauh 10 kilometer.

“Disebabkan kontraktor dilantik iaitu Jambatan Kedua Construction & Consultancy Sdn Bhd (JKCC) menarik diri, kita terpaksa melantik kontraktor baharu bagi mengambil alih projek ini.

“Sehubungan itu, projek ini yang dijadual siap Mac 2018, dijangka siap sekitar Oktober 2018,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hanifa berkata, pihaknya telah membuat permohonan pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi pembayaran berkaitan lebuh raya tersebut memandangkan ia adalah projek untuk rakyat.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top