.... Struktur Pakatan Harapan P.Pinang Dikuasai DAP | AAKJ





DAP terus menunjukkan sikap dominan dalam Pakatan Harapan apabila wakilnya membolot enam daripada sembilan jawatan yang diperkenalkan dalam Struktur Organisasi Pakatan Harapan negeri yang diumumkan hari ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng seperti dijangka mengisi jawatan Pengerusi Pakatan Harapan negeri manakala Chow Kon Yeow dipilih menjadi Timbalan Pengerusi bersama wakil PKR, Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) dan PAN.

Jawatan Setiausaha turut disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam dari DAP, Wong Hon Wai manakala Jagdeep Singh Deo sebagai Bendahari.

DAP turut menguasai jawatan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto yang diserahkan kepada Kon Yeow.

Ketua Wanita DAP negeri, Lim Siew Khim pula dilantik sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan negeri.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top