.... Skandal Forex Bank Negara: Tiga Kesalahan Jenayah, Siapa Bakal Ke Penjara | AAKJ




Skandal kerugian urus niaga mata wang asing (forex) melibatkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1980-an dan 1990-an telah membawa kepada berlakunya tiga kesalahan jenayah.

Penganalisis politik, Lim Sian See mendakwa, kesalahan tersebut boleh mengakibatkan pesalah­nya dikenakan hukuman penjara.

Berikut adalah kenyataan penuh Sian See berhubung perkara berkenaan:

Jenayah pertama. BNM kehilangan AS$10 bilion (RM42.93 bilion).

* Sama ada melibatkan urus niaga sebenar atau sebahagian telah ‘digelapkan’ melalui dagangan berat sebelah, pasukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu mendedahkannya.

Jenayah kedua. Kabinet tidak diberikan maklumat sebenar.

* RCI akan mempunyai akses kepada fail sulit Kabinet untuk membuktikan Kabinet telah dimaklumkan bahawa kerugian hanya RM5.7 bilion walaupun pada hakikatnya kerugian sebenar adalah AS$10 bilion (RM42.93 bilion). Selain itu, mereka memberitahu Kabinet bahawa kerugian hanya ‘perbelanjaan tertunda’ dan ‘kerugian tidak nyata’.

Jenayah ketiga. Parlimen tidak diberikan maklumat sebenar.

* Selain itu, mereka turut berbohong kepada Parlimen pada 1993 apabila menceritakan tentang kerugian besar yang dialami oleh BNM akibat urus niaga mata wang asing adalah satu penipuan dan propaganda pembangkang. Pada 1994, Parlimen diberitahu BNM kehilangan sedikit wang akibat pasaran forex namun jumlahnya kecil dan hanya kerugian di atas kertas. Tiada sebarang bayaran dikeluarkan.

Kesalahan jenayah tersebut adalah ‘fakta yang sudah siap’ dan tugas RCI ketika ini adalah mengumpul segala maklumat secara rasmi.

Mana-mana kesalahan akan mengakibatkan pesalahnya dipenjarakan untuk jangka masa yang begitu lama.

Perlu disedari bahawa jenayah-jenayah tersebut telah menyebabkan negara mengalami kerugian sebanyak AS$10 bilion dan kesannya masih dialami sehingga kini.

Lim Kit Siang pernah memberi­tahu, skala urus niaga berkenaan lima kali lebih besar daripada rizab dan dua kali Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga boleh menyebabkan Malaysia muflis jika urus niaga tidak berjalan lancar.

Bersyukur urus niaga ber­kenaan hanya tidak berjalan lancar dan bukannya gagal teruk dengan hanya melibatkan kerugian sebanyak RM42.93 bilion.

BNM juga menjadi lemah apabila rizabnya menjadi berkurang­an dan secara tidak langsung membawa kepada krisis ekonomi 1997-1998 yang memusnahkan begitu banyak syarikat, peluang pekerjaan dan kehidupan.

Perkara tersebut turut membawa kepada kejatuhan syarikat Malaysia Airlines (MAS) apabila BNM terpaksa menjual ke­penting­annya kepada syarikat lain sehingga MAS mengalami masalah pengurusan.

sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top