.... Siti Kasim Pengikut Ajaran Islam Sebenar? | AAKJ






Siti Kasim mendakwa umat Islam yang menyokong hukuman sebat terhadap pesalah Syariah di khalayak ramai adalah penyokong agama Arab dan orang-orang PAS adalah syaitan.


Berang dengan umat Islam Malaysia yang mengimpikan agar perundangan Syariah diperkasakan di negara ini, Siti Kasim menyidir, "Bergembiralah! Anda Penyokong Agama Arab! Impian anda akan menjadi kenyataan!"

"Jatuhkan orang-orang PAS atau kita akan menderita di tangan-tangan syaitan-syaitan ini yang berpura-pura konon menegakkan Islam. Mereka gagal memahami Fiqh Awlawiyyat, atau kaedah hukum dalam menentukan mana yang lebih utama bagi membuat keputusan" tambanya lagi.

Sedar akan kebangkitan majoriti umat Islam dalam negara yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah, Siti Kasim sebelum ini telah menyeru masyarakat bukan Islam agar membiak dengan lebih ramai supaya dapat bangkit berjuang bersama-sama dengannya menentang kehendak umat Islam.

Siti Kasim ketika itu, merayu masyarakat bukan Islam di dalam sebuah gereja, "Menurut bancian, terdapat 68% orang Islam. Tolonglah membiak lebih ramai lagi orang bukan Melayu. Orang bukan Melayu harus berjuang bersama-sama dengan Melayu yang seperti saya. Kita ada ramai." 

Keberanian Siti Kasim menggelarkan agama Islam yang diamalkan di Malaysia dengan pelbagai panggilan yang tidak enak ini bukanlah sesuatu yang menghairankan memandangkan beliau sendiri sebelum ini pernah mengumumkan di depan khalayak ramai bahawa beliau mempunyai Islam versi tersendiri dan tidak berpegang kepada Islam yang diamalkan di negara ini.

Beliau pernah dilaporkan berkata, "Saya ada Islam versi saya sendiri yang lebih penyayang dan mengasihani daripada apa yang awak sedang tayangkan kepada dunia. Tetapi tidak mengapa. Adakah anda bersetuju jika orang Melayu seperti saya yang tidak percaya kepada Islam versi awak dibenarkan meninggal Islam versi awak dan tidak menarik kami sekali ke dalamnya."


- Menara.my



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Hukum hudud adalah yang terbaik dan tiada tandingan ia datang dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Siti Kassim terlebih pandai itu yang susah.Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam orang Arab kita kena ikut cara orang Arab
      kuda kayu punya Siti Kasim putar belit cerita cukup pandai panggil orang syaitan

      tak elok panggil orang syaitan, nie aku panggil hang kuda kayu

      ReplyDelete
    2. Hukum hudud adalah yang terbaik dan tiada tandingan ia datang dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Siti Kassim terlebih pandai itu yang susah.Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam orang Arab kita kena ikut cara orang Arab
      kuda kayu punya Siti Kasim putar belit cerita cukup pandai panggil orang syaitan

      tak elok panggil orang syaitan, nie aku panggil hang kuda kayu

      ReplyDelete

     
    Top