.... Sekiranya Sekolah Vernakular Dihapuskan, Sekolah Agama dan Sekolah Pondok Juga Perlu Dihapuskan | AAKJ



Tidak bersetuju dengan sistem sekolah satu aliran, Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS) menyatakan bahawa sekolah vernakular bukan penghalang bagi perpaduan di negara ini. 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online, Wan Saiful juga berpendapat bahawa sekiranya hanya satu aliran persekolahan dikehendaki maka semua sekolah agama dan sekolah pondok juga perlu dihapuskan. 

“Sekiranya kami ingin memaksa para pelajar untuk menghadiri hanya satu aliran persekolahan, maka kita perlu menghapuskan semua sekolah agama, MRSM, sekolah berasrama, sekolah pondok, sekolah antarabangsa, sekolah mubaligh Kristian bersama sekolah vernakular.” 

“Hanya dengan ini sahaja boleh wujud sekolah satu aliran. Boleh anda bayangkan bagaimana ianya akan memecahkan dan mengakibatkan kekacauan sekiranya kita memilih jalan ini? 

Ianya akan membuatkan keadaan lebih keruh dari sekarang,” tegas Wan Saiful. 

Wan Saiful juga mendakwa bahawa orang-orang yang menggesa kewujudan sekolah satu aliran, sebenarnya sedang mewujudkan perpecahan. 

Orang-orang yang sedang giat berjuang untuk sekolah satu aliran ini adalah mereka yang tidak akan terkesan dengan perubahan polisi kepada sekolah satu aliran. 

Beliau juga menambah, “Anak-anak mereka sama ada belajar di sekolah yang didominasi oleh satu bangsa atau mereka mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta mahupun luar negara.” 

Rakyat biasa yang perlu bersusah payah untuk mencari rezeki tidak mempunyai keupayaan untuk berfikir berkenaan bilangan pelajar dari satu-satu bangsa di dalam sebuah sekolah, mereka hanya menginginkan sekolah berkualiti yang akan memberikan peluang lebih baik kepada anak-anak mereka. 

“Kita akan pergi ke mana sahaja yang kualitinya lebih baik. Maka tidak perlu untuk mengalih perhatian daripada kelemahan kualiti sekolah-sekolah kebangsaan dan mendapatkan undi dalam pilihanraya, mari fokus pada isu kualiti.”


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top