.... Satu Pengkhianatan, Kitar Semula Isu Keluar 
Malaysia | AAKJ





Tindakan pembangkang yang mengitar semula isu membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia menje­lang pilihan raya umum adalah satu pengkhianatan terhadap kemakmuran serta kedaulatan negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan pembangkang itu bertujuan membakar sentimen rakyat Sabah dan Sarawak bagi menarik sokongan rakyat menyokong agenda dan kepemimpinan mereka untuk menguasai kedua-dua negeri berkenaan.

Namun beliau percaya rakyat kedua-dua negeri tersebut tidak mudah terpedaya dan termakan dengan hasutan pembangkang.

“Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan dengan jelas perkara ini dan meng­ingatkan supaya rakyat Sabah dan Sarawak jangan terbawa-bawa dengan sentimen yang dibawa pembangkang.

“Peringatan Timbalan Perdana Menteri itu jelas membuktikan ada usaha pembangkang terma­suk bekas pemimpin negara selama 22 tahun yang mahu mengeks­ploitasi sentimen ini sebagai modal politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas me­rasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Maran, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Saiful Anuar Mokhtar dan Ketua Puteri UMNO Bahagian itu, Nurhidayah Mohamad Shahaimi.

Dalam perkembangan lain, Rosnah berkata, hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk ber­tanding kerusi Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempamerkan tahap pemikiran beliau yang kini berada di pentas pembangkang.

“Dr. Mahathir yang membawa suara pembangkang bebas bertanding di mana-mana kerusi kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi.

“Tetapi percayalah rakyat khususnya di Parlimen Pekan tetap mempertahankan Najib dan tidak akan mudah tunduk serta terpengaruh dengan mainan politik pembangkang,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top