.... Rupanya Duit Untuk Jemaah Haji Akan Diberikan Selepas Musim Haji | AAKJ




Pemberian sumbangan untuk Jemaah Haji sebanyak RM500.00. Azmin Ali main 'wayang' lagi"

Seawal pagi 24/7/2017 akan bermulalah keberangkatan jemaah Haji musim 2017 ini ke Tanah Suci. Ini akan disusuli oleh para jemaah seterusnya sehinggalah lebih 30 ribu orang jemaah terpilih untuk menunaikan fardhu Haji pada tahun ini. Umum mengetahui bahawa separuh dari kos keseluruhan menunaikan Haji yang berjumlah RM 19 ribu ditanggung subsidinya oleh Kerajaan Persekutuan. Lebih 30 ribu jemaah akan menunaikan fardhu haji tahun ini dengan kesemuanya mendapat subsidi dari Kerajaan Pusat.

Sejumlah 1100 orang pula jemaah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan 1MDB. Ini bermakna pemergian mereka ke tanah suci adalah secara percuma. Tidak cukup dengan itu, mereka yang ditaja oleh 1MDB itu diberikan insentif wang perbejaan sebanyak RM1000.00 setiap orang. Wang tersebut telah diserahkan oleh YAB PM kepada semua jemaah pada 11/7/2017 yang lalu. Tidak cukup dengan subsidi dan pemberian sebegitu, para jemaah juga diraikan oleh pimpinan setempat mereka iaitu oleh Ketua-ketua UMNO Bahagian yang turut serta memberi sumbangan kepada para bakal jemaah Haji

YAB Dato' Seri Azmin Ali juga turut mengambil kesempatan dengan mengumumkan pemberian insentif kepada para jemaah sebanyak RM500.00 seorang. Lalu berkokoklah para pemimpin pembangkang kerana sumbangan tersebut akan disalurkan melalui pejabat ADUN mereka. Salah seorang jemaah yang turut membuat permohonan wang sumbangan itu memaklumkan yang beliau telah hadir ke Pej DUN Pkr pada jumaat 22/7 yang lalu untuk membuat permohonan sumbangan wang tersebut. Apa yang menariknya selepas menyerahkan segala dokumen yang diperlukan, beliau dimaklumkan bahawa wang sumbangan sebanyak RM500 itu akan diberikan selepas beliau balik dari menunaikan fardhu Haji atau akan diberikan kepada waris semasa beliau berada di tanah suci.

Ini menunjukkan bahawa pemberian sumbangan saguhati sebanyak RM500 kepada para jemaah Haji sebagai gimik politik oleh Azmin Ali sahaja.

Kalau beliau benar-benar serius untuk membantu para jemaah, sepatutnya sumbangan diberikan sebelum para jemaah berangkat. Apa alasannya untuk memberi sumbangan setelah balik dari tanah suci. Sumbangan pulak adalah secara tunai yang akan diserahkan oleh wakil rakyat mereka. Dalam keadaan para jemaah sudah mula berangkat, belum ada seorang pun jemaah menerima sumbangan yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Jelas Azmin hanya inginkan populariti untuk kerjaya politik beliau sahaja sehingga segala bentuk bantuan kepada rakyat mesti mendapat mileage politik, bukan untuk memenuhi keperluan rakyat.

Politik didahulukan kebajikan rakyat diketepikan. Itulah dasar pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan DS Azmin Ali.

Cukup lah sehingga akhir penggal ini sahaja sebagai MB.

Ikhlas,

Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail

Ketua Penerangan UMNO Selangor

Isnin 24 Julai 2017; 00:26hr

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top