.... Rumah Terbuka Aidil Fitri Atau Pentas Politik Yang DAP Anjurkan? | AAKJ





Kepimpinan tertinggi DAP dilihat semakin terdesak apabila menjadikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri parti itu sebagai tempat sebar mesej politik mereka kepada pengunjung.

Insiden biadab tersebut dilaporkan media tempatan berlaku di Dewan Serbaguna Sungai Jawi dekat sini pada Sabtu namun gagal mendapat sambutan rakyat yang mula berasa meluat dengan dakyah politik sempit DAP selama ini.

Tinjauan mendapati, beberapa ahli politik turut menyampaikan ucapan berbaur propaganda parti itu termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP tetapi belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng.

Turut berucap ialah bapanya sendiri, Penasihat DAP, Lim Kit Siang selain Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo serta ahli seumur hidup DAP yang juga bekas Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Lebih dahsyat apabila beberapa risalah mengandungi pelbagai isu politik yang cuba memburuk-burukkan Kerajaan Pusat Barisan Nasional diedarkan pihak penganjur secara bebas kepada semua pengunjung termasuk kanak-kanak.

Bagaimanapun, majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu dilihat gagal mendapat sambutan apabila banyak meja di dalam dewan komuniti berkenaan adalah kosong seolah-olah dipulaukan oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.

Pengunjung majoritinya bukan Melayu juga kelihatan mula pulang kira-kira pukul 2.30 petang meskipun majlis tahunan anjuran pihak DAP negeri tersebut yang nyata hambar belum lagi selesai. 

– Agensi/Mynewshub

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top