.... Rambut Wanita Bukan Aurat: Sampai Bila Nak Dibiarkan Sesat? | AAKJ



Kita telah ditipu sepanjang hayat kita dan terpaksa memakai hijab kerana mengikut pandangan Islam yang salah dan bersifat menindas wanita, dakwa Maryam Lee. 

Maryam Lee juga mendedahkan bahawa beliau memakai hijab sejak berusia 9 tahun dan menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarganya sendiri jika didapati beliau tidak memakai tudung. 

Tulang belakang Projek Dialog itu berkata, “Apa al-Quran “benar-benar” kata mengenai hijab. 

Kita telah ditipu dan diperdayakan sepanjang hayat kita. Generasi saya membesar dengan diajar bahawa cuma terdapat hanya satu pendapat sahaja (yang menurut pemahaman saya sebagai salah, bersifat menindas wanita) berkenaan hijab, dan kita dimalukan dan dibuli serta diganggu kerana mencabar pendapat tersebut.” 
Beliau mendakwa bahawa rambut bukanlah aurat wanita menurut al-Quran, “Tidak ada perkataan dalam al-Quran yang berkata tutupilah rambut kamu. Quran berkata labuhkan bajumu ke dadamu. 
Menutupi rambut adalah digalakkan, bukannya wajib.” Beliau juga pernah mengadu berkenaan dilema hidupnya dek kerana penindasan yang dihadapi dari ahli keluarganya sendiri sejak kecil lagi, Beliau mengeluh, “Saya dipaksa memakai hijab semenjak berusia 9 tahun. 

Memakainya dan menanggalkannya sepanjang di sekolah menengah tinggi, menjalani hidup dua alam kerana saya tentu bakal menghadapi ancaman fizikal daripada ahli keluarga sendiri sekiranya mereka mendapati saya tidak memakai hijab.” 

“Pada usia 25 tahun, sebagai seorang yang telah dewasa, saya masih tidak dapat membuat keputusan berkenaan tubuh badan saya sendiri. 

Sewaktu hari jadi saya yang ke-25 saya berkata ‘f*ck’ it, ‘f*ck’ society. Saya akan jadi diri saya sendiri dan saya akan berasa gembira,” katanya lagi. 

Beliau meluahkan rasa kecewanya mengenai amalan umat Islam yang mendidik anak-anak perempuan mereka untuk memakai tudung. Beliau berkata, “Tidak ada yang lebih mematahkan hati saya daripada bayi-bayi perempuan “dilatih” memakai tudung seawal usia 2 tahun.” 

Beliau sekarang aktif mempromosikan kisah hidupnya selepas membuka tudung untuk bacaan ramai di laman Twitter beliau, disertakan dengan hashtag ‘#dehijabingjournal’. 

Perjuangan Maryam Lee ini mendapat sokongan daripada Siti Kasim yang menempelak majoriti umat Islam di Malaysia sebagai pengikut agama Arab. 

Siti Kasim berkata, “Saya amat berbangga dengannya. Sangat berbangga. Jangan sekali-kali menyerah kepada kepercayaan orang lain sewaktu kamu sendiri tahu apakah kepercayaan kamu sendiri.” 

“Saya tahu ada ramai lagi Maryam Lee di luar sana. Mereka cuma perlu jadi cukup berani untuk menentang arus agama Arab yang meliputi negara kita,” katanya lagi. 

Beliau membayangkan suatu harapan, meskipun dengan nada berseloroh, bahawa suatu hari nanti akan wujudnya satu gerakan feminisme untuk melondehkan hijab kaum wanita. 

Sewaktu memuji artikel tulisan sahabat baiknya, beliau berkata, “Fadiah Johari, bukan sahaja saudara dalam iman, juga saudara saya dalam ‘sisterhood of unveiling women’! 

Saya cuma buat-buat cerita sahaja, haha. Tetapi suatu hari nanti ia mungkin boleh jadi satu gerakan, siapa tahu?”.

AAKJ: Agensi yang terlibat sampai ke tahap mana ingi berdiam diri dengan segala kerosakan yang cuba dibawa oleh kumpulan sesat ini?!!

-menara

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top