.... Rakyat Singapura Protes, Gesa Hsien Loong Disiasat | AAKJ





SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 400 penunjuk perasaan berhimpun di Speakers’ Corner di sini hari ini, meminta siasatan bebas ke atas dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang berbalah dengan adik-beradiknya berhubung wasiat kediaman milik mendiang bapa mereka.

Pewaris kepada mendiang Lee Kuan Yew, pemimpin pertama dan paling lama mentadbir Singapura yang meninggal dunia pada 2015, berbalah sama ada untuk merobohkan rumah keluarga di 38 Oxley Road atau membenarkan kerajaan memutuskan ia dipulihara menjadi tapak sejarah.

Mengikut standard Singapura, 400 penunjuk perasaan kebanyakannya dari kalangan pertengahan usia adalah angka yang luar biasa besar untuk sebarang protes antikerajaan.

Perhimpunan itu memerlukan kebenaran pihak berkuasa, namun polis tidak kelihatan di lokasi perhimpunan. Pembangkang utama, yang hanya menguasai segelintir kerusi di parlimen, tidak ghairah mengambil kesempatan ke atas kontroversi yang menjejaskan kepercayaan rakyat Singapura, sejak ia tercetus pertengahan Jun lalu.

Buat masa ini, Hsien Loong dan adik-beradiknya mengambil pendekatan untuk berdamai, dalam usaha menyelesaikan masalah itu secara peribadi, walaupun dalam kenyataan terbuka terakhir mereka berkata akan mendedahkan lebih banyak bukti penyalahgunaan kuasa kepada siasatan bebas, jika ia diwujudkan.

Adik lelaki beliau, Hsien Yang, yang memiliki harta itu dan adik perempuannya Wei Ling, yang masih tinggal di situ mahu rumah itu dirobohkan mengikut wasiat ayah mereka dan tidak dijadikan sebagai lambang sebuah dinasti politik. – REUTERS

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top