.... Rafizi Patut Cermin Diri Sendiri | AAKJ





KAKI ‘putar belit’ PKR, Rafizi Ramli sepatutnya bermuhasabah diri.

Apa yang sepatutnya dia lontarkan untuk mengajak rakyat Malaysia ‘membina semula negara ini’ sepatutnya disahut oleh dirinya dahulu.

Ini tidak, selama bertahun-tahun Rafizi cuba meruntuhkan negara ini dengan fitnah-fitnah meganya.

Kadangkala kasihan melihat Rafizi. Tak putus harap dia cuba menjahanamkan orang lain. Te­tapi apa nak buat dalam radar politik ala Rafizi semuanya boleh, tidak kiralah tohmahan, spin atau dakyah. Itu ‘periuk nasinya’.

Mengikut kajian BAV Consul­ting, Y & R Young & Rubican, Malaysia berada di kedudukan nombor satu Negara Terbaik Untuk Pelaburan 2017.

Malaysia juga dalam kedudukan ke-3 daripada 80 negara yang terbaik memulakan perniagaan 2017. Juga, berada di kedudukan ke-8 daripada 136 negara dalam kategori perbelanjaan kerajaan yang paling cekap menerusi kajian World Economic Forum.

Malaysia juga naik satu anak tangga dalam Global Peace Index (GPI) tahun ini, menjadikannya sebagai negara ke-29 paling aman di dunia.

Negara ini bukan negara gagal seperti yang dimomokkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Juga tidak bankrap seperti mana dakwaan seorang negarawan lalu.

Cukup-cukuplah Rafizi. Balik rumah tengok depan cermin, bina diri anda dahulu.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top