.... Pusat Judi Bantu Industri Pelancongan? | AAKJ






Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak mencadangkan supaya kerajaan negeri Sarawak membina sebuah pusat perjudiaan dan sebuah Taman Tema di Tunoh bagi merancakkan lagi pembangunan industri pelancongan di Sarawak, lapor sebuah portal atas talian sebelum ini. 

Menurut Tamin Christopher Gira Sambang, negeri Sarawak perlu mewujudkan lebih banyak produk pelancongan, sambil mengambil contoh negara republik Singapura yang berjaya dengan Sentosa Resort World, Marina Bay Sands serta Universal Studio. 

“Ini adalah cadangan peribadi saya dan terpulanglah kepada kerajaan untuk meluluskannya,” kata beliau ketika merasmikan pertandingan menyumpit bersempena Festival Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2017 di Padang Bandaran Sibu di sini semalam. 

Sementara itu, Kerajaan negeri merancang untuk menjadikan Lembangan Sungai Tunoh di daerah Bukit Mabong di Bahagian Kapit sebagai kawasan pengeluaran makanan dan pusat ekopelancongan Sarawak dalam tempoh 15 tahun akan datang.

- Menara.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top