.... PRU14: Razali Sedia Lawan Muhyiddin Di Muar | AAKJ





Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muh­yiddin Yassin sepatutnya bertan­ding di kawasan melibatkan orang yang ‘dimarahinya’ berbanding melepaskan geram di tempat lain.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, desas-desus yang menyatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu bakal bertanding di Muar diibaratkan seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Biarpun UMNO Bahagian Muar tidak kisah dan bersedia me­nerima sesiapa sahaja calon lawan yang mahu bertanding di kawasan itu, beliau secara peribadi menyifatkan tindakan berpindah kerusi itu tidak lebih daripada memastikan jangka hayat politik.

“Bagi saya sendiri, siapa pun yang bertanding di sini termasuk parti lawan kita akan hadapi kerana itu tugas kita, kita tak boleh elak daripada berhadapan dengan siapa juga calon, tak kira calon itu datang daripada presiden sebuah parti lawan.

“Tetapi secara peribadi kalau diberi peluang saya sama sekali tidak akan tinggalkan kawasan saya dan pergi ke tempat yang boleh mudah menang hanya kerana mahu kekalkan kedudukan sebagai wakil rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

Tambah Razali yang juga Ke­tua UMNO bahagian itu, terdapat beberapa persoalan yang timbul antaranya nasib warga Pagoh yang selama ini diwakili Muhyiddin sekiranya benar beliau bertanding di kawasan lain.

Soal beliau lagi, mengapa Parlimen Muar yang menjadi sasaran biarpun Muhyiddin menggunakan alasan sebagai pengundi dan tinggal di daerah itu.

“Kalau dia marah orang lain, kenapa Muar jadi rebutan? Pergilah ke tempat yang dia marah tu barulah betul,” katanya.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top