.... PRU14: DAP Akan Bertanding Sebagai Parti Bebas? | AAKJ





Jumaat lepas, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meminta parti rasis dan cauvinis DAP supaya mengadakan sekali lagi pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baru yang sah dan telus bagi membolehkan para perwakilan memilih 20 anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Pemilihan semula itu diminta dilakukan susulan aduan daripada sesetengah anggota parti berhubung manipulasi undi. Namun, DAP bersikap angkuh apabila Lim Guan Eng dilaporkan berkata DAP tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu kerana parti itu telahpun berbuat demikian pada 29 Sept 2013.

Lebih jeliknya, parti rasis dan cauvinis DAP menuduh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sengaja mensabotaj mereka sedangkan keputusan RoS agar parti itu mengadakan pemilihan semula CEC adalah berdasarkan perlembagaan parti tersebut sendiri.

Yang buat laporan ahli partinya sendiri. Yang buat silap dan mengakui wujud kesilapan itu pun dari parti mereka sendiri juga. Tapi jeliknya mereka yang tidak sedar diri dan muka tembok ini cuba salahkan orang lain pula.

Mengulas isu tersebut, pakar undang-undang berkata, DAP boleh cabar keputusan (RoS) di mahkamah dan sekiranya parti bertegas untuk tidak mengadakan pemilihan semula maka terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk bertanding PRU14 termasuklah sebagai calon Bebas atau menggunakan lambang parti lain.

Kata Penasihat Undang-Undang UIA, Prof. Nik Ahmad Kamal, RoS berkuasa untuk menimbangkan penggantungan pendaftaran DAP jika parti itu enggan mematuhi arahan. Justeru, DAP bukan lagi sebuah parti yang sah dan tidak boleh bertanding pada PRU akan datang tetapi ahli masih boleh bertanding atas tiket Bebas atau menggunakan lambang rakan parti PH yang lain.

Beliau berpendapat tidak menjadi masalah besar jika DAP tidak dapat menggunakan lambang “roket” untuk bertanding pada PRU akan datang.

Selepas isu ini berlaku, ada orang mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak sah kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP tidak sah. Bagaimanapun, Nik Ahmad berpendapat hujah tersebut tidak tepat kerana tidak perlu parti untuk menubuhkan kerajaan.

Malah, Nik Ahmad berkata beliau turut mengakui bahawa terdapat keraguan apabila RoS hanya mengeluarkan arahan selepas empat tahun pemilihan parti itu berlalu namun berpandangan ia adalah kuasa RoS kerana undang-undang tidak menetapkan sebarang tempoh.

Manakala, Prof. Gurdial Singh Nijar, Fakulti Undang-Undang UM pula berkata keputusan RoS boleh dicabar kerana arahan kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC sudah tertangguh sekian lama.

Beliau cuba menegaskan penangguhan tersebut tidak rasional dan mempunyai niat yang tidak baik kerana senarai CEC tersebut sudah pun lama digunakan dan kini barulah RoS meminta pemilihan semula. Jadi, beliau berpendapat cara yang terbaik adalah DAP mencabar keputusan RoS tersebut di mahkamah. – Utaranews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top