.... PRU14: BN Boleh Menang Di Selangor | AAKJ





Barisan Nasional (BN) Selangor dilihat mampu merampas kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hasil pendekatannya meraih sokongan pengundi.

Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata berdasarkan pemerhatiannya, BN Selangor hanya memerlukan sembilan peratus gelombang perubahan pengundi atas pagar untuk merampas semula negeri ini.

“Saya lihat kita sudah mempunyai wajah kemenangan di negeri ini. Apa yang penting, kita jangan ada rasa was-was dalam perjuangan, kena bersatu, yakin dan setia pada ketua. Bila ada semangat ini tiada sebab kenapa kita tidak boleh raih kemenangan (dalam PRU),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Tanjong Karang di sini, Ahad.

Turut hadir, Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar yang juga Ketua Bahagian UMNO Tanjong Karang.

Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata BN Selangor perlu bijak menyelesaikan isu berbangkit di negeri ini termasuk membabitkan masalah cukai tanah dan pintu, kutipan sampah dan kebersihan untuk terus mendapat sokongan rakyat.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top