.... Pertembungan Pemuda UMNO Disiasat Polis | AAKJ





Polis sedang menyiasat insiden kekecohan di Sunway Putra Mall membabitkan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Pemuda UMNO, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, berkata pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan insiden berkenaan.

“Kejadian berlaku pada jam 2.30 petang, apabila kira-kira 30 lelaki telah berkumpul dan berarak menuju ke Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kekecohan tercetus ketika kumpulan lelaki yang sedang berjalan kaki itu dihalang oleh satu lagi kumpulan lelaki yang datang dari arah PWTC di lampu isyarat persimpangan Jalan Putra dan Jalan Tun Ismail, sehingga mengakibatkan tolak menolak yang kemudian berlarutan sehingga bahagian belakang Sunway Putra Mall.

“Bagaimanapun, polis telah berjaya mengawal keadaan 15 minit kemudian, dan mereka yang terbabit kemudian bersurai sepenuhnya pada jam 3.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sukri berkata, tiada sebarang notis mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dikemukakan kepada pihaknya berkaitan insiden berkenaan.

Insiden dipercayai bermula apabila kira-kira 30 ahli ARMADA cuba menghantar jemputan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 di PWTC.

Suasana tegang kemudian tercetus apabila tindakan ahli ARMADA itu dihalang oleh kira-kira 90 Pemuda Umno sehingga menyebabkan insiden tolak menolak di antara dua kumpulan terbabit.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top