.... Perjanjian Malaysia : Presiden Amanah Diselar Abang Johari | AAKJ





Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963 akan mengundang orang luar untuk “campur tangan” dalam hal ehwal dalaman negara.

“Kenyataan beliau mencerminkan kualiti kepimpinan mereka (Amanah). Cetek sungguh pemikiran mereka. Sukar untuk kita bergantung pada kepimpinan seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia di sini.

Beliau berkata delegasi Sarawak akan berada di London selama kira-kira seminggu dalam misi mencari fakta untuk meneliti sumber dan dokumen berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang membawa Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menjadi Malaysia. (Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965 dan menjadi negara sendiri).

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top