.... Pelantikan Mahathir, Anwar Hanya Wayang | AAKJ





Tindakan pembangkang mengumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ketua Umum hanyalah untuk mengaburi mata pengundi.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu hanya’wayang’ untuk menarik pengundi sedangkan pihak yang berkuasa sebenarnya adalah DAP.

“Ini hanyalah wayang kerana sebenarnya parti yang utama dalam pakatan itu adalah DAP.

“Jika kamu memberi undi kepada pembangkang, bermakna kamu memberi undi kepada DAP, “ katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gelang Patah, di sini sebentar tadi.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top