.... Pas Nafi Mahu Lawan Pakatan Pembangkang | AAKJ





Pas menafikan bekerjasama dengan UMNO dan menjadikan pakatan pembangkang yang diketuai DAP sebagai lawan utama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan meletakkan calon di kubu kuat pakatan pembangkang dibuat kerana parti itu mempunyai dasar tersendiri dan berhak membuat pertimbangan tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

“Tidak, kita tidak lawan pembangkang, tetapi kita ada dasar parti sendiri. Kita letak calon ikut keputusan parti.

“DAP kalau mahu letak calon di Kelantan pun boleh,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Publisiti dan Penyertaan Awam, Draf Laporan Pemeriksaan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Pas dilaporkan mahu bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam PRU-14.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, Pas juga bersedia bertanding di kerusi lain milik PKR di seluruh negara termasuk kawasan DAP yang berpotensi di Pulau Pinang.

Susulan itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa tindakan itu secara jelas memperlihatkan Pas ingin menewaskan pakatan pembangkang bagi membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak terus kekal sebagai Perdana Menteri.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top