.... PAN Tuduh PAS Rosakkan Imej Politik Islam | AAKJ





Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa Imej politik Islam terjejas teruk disebabkan oleh PAS.

Beliau bekas Ketua Pemuda PAS yang tersingkir mendakwa, PAS merosakkan imej Islam apabila mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum e-14 (PRU14)

“Seperti yang saya sebut Imej PAS dan politik Islam terjejas teruk bila PAS isytihar bertanding di Permatang Pauh (Pulau Pinang),” katanya di Facebook semalam.

Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi amaran kepada PAS supaya jangan mencabar parti itu.

Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang berkata, PKR kesal PAS mengadakan Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya di Permatang Pauh pada 16 Julai lalu.

Kata beliau, program PAS itu merupakan satu tindakan provokasi dan angkuh yang tidak membantu dalam usaha menewaskan parti kaum Melayu UMNO.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ialah isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR.

- Bicara News

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top