.... Pakatan Harapan Tidak Realistik | AAKJ





Janji pakatan pembangkang untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal menimbulkan masalah besar kepada pendapatan negara jika ditunaikan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, apabila GST dihapuskan, negara bakal kehilangan sebanyak RM40 bilion daripada pendapatan.

Sehubungan itu, kata beliau, janji tersebut jelas tidak realistik, tidak berpijak di bumi nyata dan sekadar bersifat populis semata-mata mahu meraih undi rakyat.

“Pembangkang menabur janji menghapuskan GST tapi realitinya kerajaan memerlukan wang hasil cukai tersebut untuk pembinaan infrastruktur serta pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

“Kalau GST ini dihapuskan, lebih kurang RM40 bilion akan terpadam daripada hasil negara dan ini sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah kepada pendapatan kita,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Bomba (Sukbom) 2017, di sini malam tadi.

Baru-baru ini, pakatan pembangkang diketuai DAP mengumumkan tujuh janji mereka yang akan ditunaikan dalam tempoh 100 hari selepas membentuk kerajaan jika memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Antaranya ialah menghapuskan GST dan menstabilkan harga minyak.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top