.... Pakatan Harapan lantik Anwar Ketua Umum | AAKJ





Pakatan Harapan yang diketuai DAP mencapai kata putus dengan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum manakala Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.

Perkara itu diumumkan oleh Dr. Mahathir dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung selama kira-kira lima jam di ibu pejabat PKR, hari ini.


Menurut Dr. Mahathir, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Presiden bagi gabungan pakatan itu.


“Tan Sri Muhyiddin Yassin; Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu dilantik sebagai Timbalan Presiden baharu.


“Naib Presiden pula terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Chong Chien Jen dan Salahuddin Ayub,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut.


Yang turut hadir, Wan Azizah yang juga Presiden PKR, Muhyiddin merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM); Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah).


Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha manakala M. Kula Segaran pula dilantik sebagai Bendahari.


Jelas beliau yang juga Pengerusi PPBM, barisan struktur kepemimpinan yang dilantik itu dan logo baharu gabungan pakatan tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam tempoh seminggu.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top