.... Orang Bukan Islam Perlu Sedar Diri | AAKJ





Orang bukan Islam di negara ini perlu berpijak di bumi nyata dengan menyedari Malaysia merupakan negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, sehubungan itu, mereka perlu menghormati segala kepercayaan dan amalan masyarakat Islam di negara ini.

Menurutnya, golongan tersebut tidak boleh menganggap masyarakat Islam sebagai rasis apabila menolak perkara yang bertentangan dengan akidah, sebaliknya melihatnya sebagai menghormati agama seperti kaum lain menyanjungi kepercayaan masing-masing.

“Tidak dinafikan orang bukan Islam boleh lakukan apa sahaja yang mereka ingini, namun harus diingatkan bahawa sebarang isu yang bertentang dengan akidah Islam pasti tidak akan diterima dan ditegah, lebih-lebih lagi Islam merupakan agama Persekutuan.

“Semua pihak kena ingat bahawa Malaysia asal usulnya adalah negara Melayu yang agamanya Islam. Justeru, kenapa perlu cabar orang Islam dengan perkara yang sudah jelas bertentangan dengan syariah yang diputuskan?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penganjuran tayangan filem gay di Pulau Pinang yang dijadualkan berlangsung esok, namun dibatalkan selepas ditentang ba­nyak pihak.

Dalam pada itu, Ibrahim menya­takan, sudah banyak kali isu-isu yang bertentangan de­ngan Islam terutama berkaitan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dicetuskan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan situasi sedemikian seolah-olah sengaja mahu mencabar agama Islam.

Jelas beliau, cubaan-cubaan tersebut tidak mustahil boleh menimbulkan keadaan huru-hara jika masyarakat Islam terus dicabar dan tersinggung.

“Kenapa perlu lakukan provokasi terhadap orang Islam de­ngan isu-isu yang bertentangan dengan Islam? Adakah sengaja i­ngin mencetuskan huru-hara yang kita tahu akan beri kesan kepada rakyat.

“Adalah lebih baik jika semua rakyat memahami dan berpegang kepada Perlembagaan bagi mewujudkan hubungan sosial yang positif dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top