.... Nurul Izzah Ke London Bertemu Mahathir... | AAKJ



Sebenarnya, barisan baru kepimpinan Pakatan Harapan menambah penghinaan terhadap kesengsaraan sediada dan akan menyebabkan DAP kehilangan undi Cina dan bukannya memenangi undi Melayu. Najib tahu perkara ini tetapi Kit Siang, bagaimanapun, tidak mampu melihatnya. Oleh itu, sama ada Kit Siang kehilangan sentuhannya atau dia tidak sepadan dengan Najib. Dalam apa juga keadaan ‘Najib satu dan Kit Siang kosong’. Dan kenyataan Mahathir semalam menjadikan keadaan lebih teruk, “Dalam hierarki, saya adalah ‘top dog'”, dan “Kita tidak boleh mempunyai negara yang diperintah oleh tiga perdana menteri” adalah bencana kepada Kit Siang dan DAP tidak akan mampu untuk dipulihkan lagi.
Sidang akhbar Jumaat lepas oleh Pakatan Harapan akhirnya mengumumkan barisan kepimpinannya selepas beberapa kali penangguhan selama ini telah menarik reaksi yang berbeza dari orang yang berbeza. Ada yang melaporkan perkara seperti berikut:

Deal delivers boost to Malaysia’s opposition, but it’s still “not going to win” (Southeast Asia Globe)

Malaysia: Politics will be politics… always dirty, no matter the side (Asian Correspondent)

Akhbar tempatan, bagaimanapun, khususnya yang pro-pembangkang, telah melaporkan apa yang dipanggil ‘pakatan’ bersejarah, malah lebih bersejarah dari perpecahan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim 18 tahun yang lalu, sebagai rangsangan untuk Pakatan Harapan. Tanggapan yang mereka cuba buat adalah bahawa ini akan membuatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak terperangkap dan tidak pernah menjangka hal ini berlaku dan dia kini berada dalam keadaan panik, dal sebagainya.

Ringkasnya, skor kini adalah 1: 0 untuk Pakatan Harapan yang diketuai DAP berbanding Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno. Dan inilah sebabnya, para penganalisis mengatakan, Najib tidak pasti tentang tarikh untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang. Najib tidak pasti jika Barisan Nasional masih boleh menang, Pakatan Harapan telah selesai ‘merasmikan’ susunan kepimpinannya.



Najib permainkan Kit Siang dengan baik dan perkara yang indah mengenainya ialah Kit Siang masih tidak menyedarinya

Mereka ini hidup dengan penafian dan sama ada pemikiran yang waras atau berilusi sekiranya mereka berfikir bahawa mereka berjaya memerangkap Najib. Sebenarnya Najib tidak hanya ‘menumpukan kepada bola sepanjang masa tetapi juga mengawal pergerakan bola’. Dia bukan sahaja menentukan bagaimana peraturan permainan tetapi beliau juga yang menentukan ‘tempo’ dan ‘irama’ juga.

Apa yang berlaku pada Jumaat yang lepas adalah tepat sebagaimana yang dirancang oleh Najib dan apa yang dia mahukannya berlaku. Tidak ada serangan tikam belakang di sini jika itu yang difikirkan oleh pembangkang. Ia lebih kepada perangkap yang dipasang oleh Najib dan yang mana Pakatan Harapan berjalan ke masuk ke dalamnya.

Najib mahu Pakatan Harapan membuktikan kepada orang Melayu bahawa ia adalah sandiwara Ali Baba dengan DAP adalah kuasa sebenar di belakangnya. Dan itulah yang mereka lakukan. Lim Kit Siang fikir dia sangat pandai bersembunyi di sebalik tabir dan membenarkan bekas pemimpin Melayu Umno berdiri di barisan hadapan. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya ia memperkukuhkan kepercayaan bahawa Pakatan Harapan adalah Pakatan Ali Baba. Ia adalah umpama ‘keluar dari kuali dan masuk ke dalam api’. Dalam usaha untuk mengelakkan dipanggil Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP – yang bermaksud, oleh itu, Cina memimpin – mereka secara tidak sengaja jatuh ke dalam perangkap kini dipanggil Pakatan Ali Baba.

Inilah yang Najib inginkan. Tetapi Najib akhirnya mendapat lebih banyak daripada yang dijangkakannya. Lim Kit Siang bukan sahaja menyerahkan Pakatan Ali Baba seperti kehendak Najib, dia sebenarnya menyerahkan ‘Pakatan tiga-Ali-satu-Baba’. Kini mereka mempunyai tiga Perdana Menteri Menunggu dan ketiga-tiga berlawan untuk menjadi yang pertama dengan saksama. Bagaimana anda boleh melihat Mahathir dan Anwar, yang tidak pernah bermaafan dan melupakan apa yang terjadi 20 tahun yang lalu, bersetuju untuk duduk di meja yang sama dengan taraf yg sama? Itulah resipi untuk malapetakan dan sebelum apa-apa yang berlaku Mahathir sudah mengumumkan dia adalah pemimpin terulung – ‘Top Dog’ dan tidak boleh ada tiga Perdana Menteri.

Kantoi Kit Siang!



Kit Siang bukan sahaja menjadikan Pakatan Harapan sebagai Pakatan Ali Baba tetapi menjadikannya sebagai Pakatan tiga-Ali-satu-Baba

Pengumuman pada Jumaat yang lepas mengenai kepimpinan Pakatan Harapan adalah hasil pertemuan di London antara Nurul Izzah Anwar dan Mahathir. Telah dipersetujui bahawa Mahathir akan dijadikan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum dan tugas pertamanya sebagai Perdana Menteri ialah mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar. Kit Siang tahu bahawa sebarang pakatan antara Mahathir dan Anwar selamat kerana kedua-dua tidak akan menjadi Perdana Menteri. Anwar di penjara manakala Mahathir terlalu tua sehingga kedua-duanya tidak akan menjadi Ahli Parlimen dan hanya Ahli Parlimen boleh menjadi Perdana Menteri.

Kit Siang yang meminta Nurul bertemu Mahathir kerana beliau memerlukan agar isu kepimpinan Pakatan Harapan untuk diselesaikan. Dan untuk ini berlaku Mahathir dan Anwar Ibrahim perlu ‘bercium’ dan berlakon. Sekiranya kedua-dua musuh itu tidak dapat bersetuju untuk berpakat maka barisan kepimpinan Pakatan Harapan tidak akan berlaku dan dalam proses yang sama Pakatan Harapan akan berkubur.

Pakatan Mahathir-Anwar akan memberi manfaat kepada Kit Siang kerana Anwar tidak akan memberi keterangan dan ‘menjual’ Mahathir kepada RCI yang menyiasat skandal forex bernilai AS $ 10 bilion. Dan sekiranya Anwar memberi keterangan terhadap Mahathir maka Pakatan Harapan, yang telah terikat kepada Mahathir, turut akan diseret juga.



Kit Siang menghantar Nurul Izzah ke London bertemu Mahathir untuk membuat perjanjian dan menjanjikan beliau sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum

Walau bagaimanapun, untuk membuatkan Anwar bersetuju agar tidak memberi keterangan di RCI persetujuan tertentu perlu dibuat. Dan kini Mahathir tidak berada dalam kedudukan apa pun untuk mengatakan tidak. Maka itulah semua yang diperlukan untuk Kit Siang memainkan peranannya dan menjadikan keduanya bersetuju dan mengumumkan kepada umum barisan kepimpinan Pakatan Harapan di dunia.

Kit Siang fikir beliau telah membuat langkah bijak untuk menamatkan kebuntuan dan menyelesaikan masalah kepimpinan Pakatan Harapan. Sekarang Najib tidak boleh lagi membelasah mereka dalam isu ini. Dan Najib juga tidak boleh mengatakan bahawa Pakatan Harapan adalah diketuai oleh Cina DAP. Tetapi itulah yang Najib mahu. Dia terus membelasah mereka mengenai isu-isu ini untuk mendapatkan reaksi mereka. Dan Kit Siang bertindak balas, dan bertindak dengan tepat seperti cara Najib menginginkannya. Pada akhirnya Najib membuktikan beliau adalah pemain catur yang lebih baik daripada Kit Siang.

Sama seperti dalam permainan catur, anda tidak melihat hanya langkah terakhir atau ‘checkmate’ . Anda perlu memulakan pemantauan dari langkah permulaan dan semua langkah lain sepanjang perjalanan yang membawa kepada akhirnya ‘checkmate’. Dan permainan catur ini antara Najib Tun Razak dan Lim Kit Siang dan tidak ada orang lain. Semua yang lain seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, dan lain-lain, hanya buah-buah catur di papan catur. Mereka adalah buah-buah catur Kit Siang untuk dia gunakan dalam usaha menghalang dan mengacau pergerakan Najib … atau apa dia fikir.



Mahathir berjanji bahawa perkara pertama yang akan dilakukannya setelah menjadi Perdana Menteri adalah untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar

Ketika pembangkang dan pengikutnya merayakan kemenangan pada hari Jumaat yang lalu, Najib berpuashati. Bukan sahaja Kit Siang masuk dalam perangkap Najib, Pakatan Harapan sebenarnya gembira mengenainya dan berpesta sepanjang minggu seolah-olah mereka, bukannya Najib, keluar sebagai pemenang. Adakah ini tidak mengingatkan kita tentang pertarungan Nero ketika Rom dibakar?

Kita hanya boleh berkata, “Permainan yang baik, Najib,” kerana ia sememangnya dimainkan dengan baik. Ia adalah satu perkara untuk permainkan lawan anda. Tetapi untuk membuat lawan itu menyimpulkan bahawa dia adalah pemenang dan bukan yang kalah adalah keupayaan skill yang cemerlang. Bagaimanapun, apabila Najib membuat pengumuman khas mengenai Felda pada hari Ahad, Kit Siang tiba-tiba tersedar bahawa bukan sahaja dia telah dipermainkan, tetapi juga bagaimana Najib melakukannya. Tetapi pada masa itu nasi telah menjadi bubur dan yang mampu dilakukan oleh Kit Siang adalah melalak dan menyalak seperti biasa.

Ada yang mengatakan apabila seekor ikan jerung mengelilingi anda, untuk menakutkannya, anda menumbuk di hidungnya. Tetapi untuk membunuhnya, anda perlu menyerang dengan lembut di bawah perutnya. Dan kelemahan Kit Siang adalah ‘Cina’ DAP. Dan hakikat bahawa Superman Hew Kuan Yau telah mendedahkan bahawa Kit Siang hanya menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan DAP menggunakan orang Melayu untuk skrew orang Melayu yang percaya kepada agenda Cina DAP.

Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh Najib ialah ‘memukul dengan lembut’ dengan mengatakan konvensyen Umno pada 3hb Disember 2016 bahawa pilihan raya umum akan datang adalah pertandingan di antara pakatan yang diketuai oleh Cina dan gabungan yang dipimpin oleh orang Melayu. Jadi, para pengundi mempunyai pilihan antara mengundi Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP dan Barisan Nasional yang diketuai oleh Umno. Satu pilihan memberi anda kerajaan yang dipimpin oleh Cina dan yang lain yang adalah kerajaan yang dipimpin oleh Melayu.



Sekarang DAP perlu menjelaskan kepada penyokong Cina kenapa DAP di ketepikan dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan

Ini benar-benar meletakkan Kit Siang dalam bahaya. Dia tahu bahawa DAP sudah memaksimumkan jumlah pengundi Cina dan bahkan pada puncaknya atau 100% ia hanya dapat menang 54 kerusi atau lebih. Tetapi ia memerlukan 112 atau 58 lagi kerusi untuk berarak ke Putrajaya dan membentuk kerajaan persekutuan seterusnya. Dan pengundi Cina tidak dapat memberikan mereka 58 kerusi tambahan. Mereka mesti datang dari pengundi Melayu dan Bumiputera dari Malaysia Timur. Malah, 58 kerusi hanya memberi mereka margin dua kerusi dan kematian, hilang kelayakan atau hanya satu ahli parlimen lompat parti bermakna kita akan melihat parlimen bakal digantung.

Kit Siang jelas kelihatan panik apabila dia membuat membuat pusingan U mengenai Mahathir. Terdahulu Anthony Loke telah mengumumkan bahawa Mahathir tidak dijemput untuk menghadiri konvensyen DAP pada minggu yang sama. Untuk menyangkal apa yang baru saja katakan Najib, Kit Siang memanggil Mahathir dan memintanya menghadiri konvensyen tersebut. DAP memerlukan wajah Melayu, jadi kehadiran Mahathir di konvensyen DAP akan membantu menyangkal apa yang dikatakan Najib terhadap DAP untuk memberitahu kepada Cina.

Tetapi sebelum itu, mereka telah mengumumkan secara terbuka bahawa Mahathir tidak diundang jadi jika mereka telah melakukan pusingan U maka bermakna Kit Siang sangat terdesak dan Najib telah menjadikannya panik. Mahathir tidak akan memberi Kit Siang apa yang dia mahu dengan mudah dan jika dia berkata ya ia mesti datang dengan bersyarat. Dan terma dan syarat itu adalah mengenai pilihan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berkuasa – kerana Mahathir tahu dengan 50 kerusi parlimen DAP dapat memutuskan siapa yang menjadi PM.

Dengan masa yang terhad Kit Siang tidak mempunyai pilihan selain bersetuju dengan terma Mahathir. Dan Mahathir menghadiri konvensyen DAP dengan kuasa untuk menentukan siapa jadi PM dalam poketnya. Walau bagaimanapun, Kit Siang tahu bahawa seseorang tidak boleh mengira ayamnya sebelum mereka menetas kerana banyak perkara yang boleh berlaku dalam masa yang sama.



Tidak mungkin Mahathir akan memainkan peranan orang kedua kepada Anwar atau sebaliknya jadi Kit Siang baru sahaja menjadikan keadaan bertambah lebih buruk

Tetapi Kit Siang perlu berlawan dalam satu pertempuran pada satu-satu masa. Pertama dia perlu menyangkal apa yang Najib kata: bahawa DAP adalah Cina dan Pakatan Harapan adalah pakatan yang dipimpin oleh Cina. Seterusnya dia dapat menyelesaikan masalah siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh – atau pilihan PM Pakatan Harapan jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang. Mahathir perlu dineutralkan tetapi boleh diselesaikan kemudian.

Dari pengalaman Disember 2016, Najib tahu Kit Siang dengan mudah boleh ditakutkan dan bagaimana untuk melakukannya. DAP sangat yakin dengan sokongannya kaum Cina tetapi sokongan Melayu dan Bumiputera masih sangat sukar. Pakatan Harapan perlu mengurangkan keterampilan Cinanya dan menampilkan ‘Kemelayuan’ jika mahu mendapatkan lebih banyak undi bukan Cina.

Dan itulah sebabnya barisan kepimpinan baru Pakatan Harapan pada Jumaat lepas adalah ‘lebih Melayu’ dan kurang Cina dalam struktur. Dan ianya membawa kepada masalah lain dan DAP kini perlu menjelaskan mengapa terdapat kurangnya kehadiran Cina dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan dan memberi jaminan kepada orang Cina bahawa DAP tidak diketepikan, seperti mana nampak dilakonkan.

Jadi, dalam usaha untuk menggembirakan orang bukan Cina dan dengan harapan bahawa barisan pimpinan Pakatan Harapan yang baru ‘Lebih Melayu’ akan membantu mendapatkan undi Melayu, DAP telah mengecewakan kaum Cina. Jadi DAP kini sibuk cuba memberi jaminan kepada orang Cina bahawa orang Melayu bukannya mengambil alih Pakatan Harapan atau telah mengetepikan DAP tetapi ini hanyalah strategi DAP menggunakan orang Melayu untuk skrew orang Melayu dan menggunakan Mahathir untuk menyerang Perdana Menteri, Umno dan Barisan Nasional.

Malah, DAP perlu memberitahu penyokongnya bahawa Pakatan Harapan mungkin kelihatan Melayu tetapi pada hakikatnya ia masih Cina dan sekadar penubuhan Ali Baba. Dan inilah mesej yang ingin dihantar oleh Najib. Dan Kit Siang membantu menghantar mesej itu Jumaat lalu apabila mereka mengumumkan barisan kepimpinan mereka. Dan itulah sebabnya sejak Jumaat lalu Najib tidak berhenti ketawa.



Kit Siang panik apabila Najib menyatakan di Perhimpunan Agung UMNO pada 3 hb Disember 2016 bahawa pilihanraya umum akan datang adalah di antara gabungan yang dipimpin Melayu dan pakatan yang dipimpin oleh Cina

Kini Kit Siang tidak lagi pasti sama ada rancangannya begitu bijak seperti mana beliau fikirkan selama ini. Dia fikir pengumuman barisan kepimpinan Pakatan Harapan pada Jumaat lalu dapat ‘checkmate’ Najib dan dia tidak boleh mengatakan bahawa pilihan raya umum akan datang adalah Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP melawan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno. Sebaliknya ia telah menimbulkan banyak kekeliruan tentang siapa yang benar-benar mengetuai Pakatan Harapan dan orang ramai bertanya kenapa mereka yang sudah tua, sudah uzur dan bekas ahli Umno yang kotor mengawal Pakatan Harapan manakala DAP telah ditendang ke tepi.

Lebih penting lagi adalah orang ramai menjadi bingung mengenai siapa dari tiga “top dog” yang berkuasa terhadap Pakatan Harapan kerana ia kelihatan seperti ketiga-tiganya sama-sama berkuasa dan satu-satunya perbezaan adalah mereka diberi pangkat yang berbeza tapi fungsinya yang sama untuk mengaburi bahawa kapal itu mempunyai tiga kapten proksi sementara kapten de facto sebenar yang tidak disebut dalam senarai kepimpinan adalah Kit Siang. Dan ini akan menjadikan Kit Siang sebagai ketua de facto dengan tiga proksi Melayu berwatak Ali Baba – atau satu Baba dengan tiga Ali sebagai proksi.

Najib kenakan Kit Siang dengan cantik sekali. Kit Siang fikir pengumuman kepimpinan Pakatan Harapan hari Jumaat lalu adalah skill hebatnya yang akan membungkam Najib selamanya. Sekarang Kit Siang menyedari bahawa dia telah jatuh ke tangan Najib dan melakukan apa yang Najib mahu dia lakukan. Jadi bagaimana Kit Siang akan keluar dari semua yang dia sendiri rancangkan?

Salah satu faktor yang boleh membuang memperbaiki keadaan adalah mesyuarat CEC DAP hari ini. Pada hari Isnin, Pendaftar Pertubuhan (RoS) menghantar surat DAP memberi mereka dua minggu untuk respon. Ini sebenarnya bukan isu baru tetapi susulan isu empat tahun lalu yang RoS telah memberitahu DAP untuk membetulkannya – tetapi yang mereka tidak lakukan kerana mereka mahu menghalang Tan Seng Giaw daripada mengambil alih kepimpinan Parti dengan menyingkirkan Lim Guan Eng dan bapanya juga.



CEC DAP tidak sah dan jika mereka cuba memperbetulkan, maka Tan Seng Giaw akan menjadi pemimpin baru parti

Apakah yang akan diputuskan oleh CEC DAP hari ini? Pertama sekali ia tidak kira apa keputusannya kerana CEC tidak sah sama sekali. CEC diundi melalui penipuan pemilihan parti pada bulan Disember 2012. Jadi apa sahaja yang diputuskan adalah umpama ‘buah beracun dari pokok yang beracun’, sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang. Oleh itu, RoS tidak perlu melayan CEC hari ini.

Jika DAP enggan mematuhi arahan RoS, untuk mengadakan pemilihan semula kedua parti, maka CEC DAP akan tetap tidak sah dan pemegang jawatan yang dilantik oleh CEC ini menjadi sama tidak sah. Dan ini bermakna, ringkasnya, DAP tidak akan mempunyai mana-mana Setiausaha Agung untuk menandatangani Surat Watikah untuk calon-calonnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Tetapi semuanya tidak hilang. DAP tidak perlu untuk calon-calonnya bertanding sebagai calon ‘bebas’ atau bertanding tanpa logo roket DAP. Calon DAP boleh bertanding sebagai calon Pakatan Harapan dan menggunakan logo Pakatan Harapan baru. Walau bagaimanapun, DAP perlu memastikan bahawa tiada calonnya memaparkan logo roket kerana Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR boleh membatalkan kelayakan mereka dan memberi kemenangan kepada lawannya.

Ini, sebenarnya, adalah apa yang Najib mahu mereka lakukan. Najib memaksa DAP untuk meninggalkan ‘kubu kuat mereka dan bergerak ke paya untuk mempertahankan kedudukan mereka yang lemah’. Tidak pernah terbayang dalam fikirannya akan melakukan sesuatu seperti itu tetapi Najib berjaya memaksa Kit Siang melakukannya.

Tambahan lagi jika DAP tidak menggunakan logo roketnya (kerana ia tidak dibenarkan) dan sebaliknya menggunakan logo Pakatan Harapan, bagaimana mereka akan menerangkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan pada Jumaat lepas, yang menurut penyokong DAP, DAP telah diketepikan? Adakah DAP akan pergi sekali lagi, pergi ke seluruh Malaysia untuk memberitahu pengundi Cina supaya jangan bimbang tentang kepimpinan Pakatan Harapan kerana ianya hanya boneka dan realitinya ialah Kit Siang hanya menggunakan Mahathir untuk menyingkirkan Najib, Umno dan Barisan Nasional serta mereka hanya menggunakan orang Melayu untuk skrew orang Melayu?



Logo baru parti DAP

Kali ini Kit Siang telah benar-benar melangkah ke dalam lumpur yang dalam. Dan Ahad depan, Kit Siang akan bangun dengan migrain yang serius apabila dia menyedari bahawa Najib telah mempermainkan beliau dan ini bukan sekadar kalah biasa tetapi “checkmate”. Dan semua orang yang mengucapkan ‘earth-shattering’ dan ‘ground-breaking’ Jumaat lalu antara Mahathir dan Anwar akan mengubah fikiran mereka dan akan menilai semula keseluruhan perkara itu sama seperti bencana Dunkirk.

Jadi siapa yang panik sekarang? Adakah Najib Tun Razak atau Lim Kit Siang? Kenapa perlu Najib panik apabila Kit Siang masuk ke perangkapnya? Kit Siang yang panik kerana dia kini menyedari bahawa dia berjalan betul-betul ke dalam perangkap Najib dan tidak ada cara untuk melepaskan diri sekarang kecuali jika DAP memecat Pakatan Harapan. Ramai berfikir yang Pakatan Harapan akan membantu ‘menyelamatkan’ DAP dengan membawa undi Melayu, sebenarnya ianya lebih kepada merosakan DAP daripada membantu.

Malah, barisan kepimpinan Pakatan Harapan baru menambah penghinaan terhadap DAP dan akan menyebabkan DAP kehilangan undi Cina dan bukannya memenangi undi Melayu. Najib tahu ini tetapi Kit Siang, bagaimanapun, tidak menduga perkara ini. Oleh itu, sama ada Kit Siang kehilangan sentuhannya atau dia tidak sepadan dengan Najib. Dengan itu Najib satu dan Kit Siang sifar. Dan, untuk menjadikan perkara itu lebih teruk, pernyataan Mahathir pada hari yang sama,“In the hierarchy, I am the top dog there”, dan “We can’t have a country ruled by three prime ministers” adalah bencana yang Kit Siang dan DAP tidak akan mampu pulihi.



Pemimpin baru parti DAP apabila mereka mengikut arahan RoS dan mengadakan pemilihan semula parti kali kedua

Mahathir baru sahaja membantu Najib “pakukan” Kit Siang dalam keranda DAP. Kit Siang fikir dia mengangkat dirinya daripada diktator DAP kepada diktator Pakatan Harapan. Hari ini Mahathir menghancurkan ilusi itu. Dan ini membuktikan bahawa perkahwinan Pakatan Harapan, sama seperti sebelum ini, tidak lestari dan tidak akan bertahan lebih lama daripada dua bulan.

Jadi jangan terkejut jika Pakatan Harapan mungkin tidak wujud pada pilihan raya umum yang akan datang dan sebab Najib menangguhkan pemilihan umum bukan kerana dia takut, seperti yang dikatakan oleh segelintir orang, tetapi untuk memberikan masa kepada Pakatan Harapan untuk hancur.

Jika DAP mengikut arahan RoS maka Tan Seng Giaw akan menjadi orang baru yang berkuasa. Dan Tan Seng Giaw fikir sama seperti mendiang Karpal Singh. Jika Karpal masih hidup DAP tidak akan pernah tidur sebantal dengan Mahathir. Dan ini adalah tindakan yang sama Tan Seng Giaw akan ambil jika dia adalah orang baru yang berkuasa dalam DAP. Jadi apa pun caranya, perikatan DAP-Mahathir satu malapetaka. Dan itu bermakna Kit Siang kembali kepada sifar manakala Najib kemungkinan akan ketawa besar.

Malaysia Today





















PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Kit Siang Played Right Into Najib’s Hands. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top