.... Najib Sedang Bina Semula Negara Dari Kebinasaan Yang Mahathir Lakukan | AAKJ



"Bina Semula Negara" - slogan baru pakatan haram jadah selepas slogan "Selamatkan Malaysia" gagal secara total.

Bolehkah  bina semula negara sedangkan wang rakyat hilang ketika Mahathir - Anwar ditampuk kuasa. Bukan sedikit wang rakyat hilang - lebih dari RM30 bilion. 
Malah kehilangan wang rakyat melalui perjudian Forex Bank Negara menjadi lagu pekikan dan lalakan Kit Siang lebih daripada 20 tahun. Kit Siang menuduh Mahathir dan Anwar serta Daim adalah dalang di sebalik hilangnya wang rakyat itu.

Bolehkah bina semula negara, ketika Mahathir menjadi PM, anak-anaknya tiba-tiba menjadi antara manusia terkaya di Asia, bukan seorang tetapi kesemua anak-anak Mahathir menjadi individu terkaya di negara ini dan di Asia. Dan Anwar juga dikatakan antara individu yang terkaya di Malaysia dan di Asia.

Bolehkah Bina Semula Negara dengan meletakkan manusia yang semalam menuduh timbalannya seorang penzina dan mempunyai nafsu terhadap sesama jenis - berzina sambil melancap teman zina sejenis. Tiba-tiba hari ini mengatakan timbalan yang pernah dipecatnya layak menjadi pemimpin?

Bagi mereka, slogan Bina Semula Negara adalah bermaksud, mereka perlukan semula kuasa untuk meletakkan semula nafsu buas mereka dan kekal memperbodohkan rakyat. 

Bolehkah Kit Siang dari  DAP diberi kepercayaan untuk membina semula negara ini apabila selama ini berikrar akan memenjarakan Mahathir dan Anwar kerana 'bersalah' ketika memerintah negara tiba-tiba menjadi manusia suci demi nafsu gila kuasa?

22 tahun diberi peluang kepada Mahathir untuk membina negara ini. Apa yang Mahathir buat? KLCC, KLIA dan Putrajaya? - itu bukan penanda aras membina negara, itu semua projek mega yang bukannya memberi manfaat langsung kepada rakyat. Sesiapa yang memerintah pun akan bina semuanya ketika itu.

Pelik bukan? 22 tahun - diberi kuasa dan gagal membina pengangkutan awam dengan baik. Semua projek pengangkutan awam gagal dan kerajaan terpaksa tanggung, kroni kaya raya setelah kerajaan di bawah Mahathir 'membeli' projek kemudahan awam tersebut. Najib bina hiway tanpa tol dan tidak perlukan masa sehingga 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Najib bersilat dengan rakyat yang begitu marah apabila pengusaha hiway bertol menaikkan kadar tol dan perjanjian yang dilihat berat sebelah ini dibuat dan disaksikan oleh siapa kalau bukan Mahathir. 

Itu contoh depan mata bagi yang masih 'blur' kononnya negara ini perlu dibina semula. 

Terlalu banyak kerosakan yang Mahathir lakukan dan nilai kerosakan tersebut mungkin nilai semasa adalah melebihi RM100 bilion. Tidak perlu disenaraikan projek-projek yang Mahathir gagal menguruskannya, kerana hampir kesemua sekali - hancur!

PM Najib sedang membina semula negara ini dari kerosakan yang Mahathir dan Anwar serta kroni mereka lakukan!!

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top