.... Mukhriz Jangan Jadi Munafik Bila Nafi Tak Mahu Jadi Perdana Menteri | AAKJ





Puak Pakatan Harapan hari ini bukan sahaja terdiri dari kalangan pemimpin yang hipokrit serta mengamalkan dasar politik retorik semata-mata. Tetapi dalam masa yang sama, mereka menonjolkan sifat dwi Standard dan sikap munafik yang cukup tebal dalam diri mereka sendiri.

Puak Pakatan Harapan disertai DAP, PKR, PAN dan PPBM hanya pandai mencetuskan propaganda dan mendabik dada mengatakan mereka bagus dalam segala hal. Wahal, puak pembangkang inilah yang sebenarnya telah banyak membawa penderitaan kepada rakyat.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi yang beliau bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2013 kononnya bukan bertujuan menjadikan ia jalan baginya menjadi perdana menteri.

Menjawab soalan peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Mukhriz yang kini timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata pemimpin Umno yang memegang jawatan timbalan presiden parti pun belum tentu dapat menjadi perdana menteri.

Beliau berkata demikian dalam perbicaraan kes saman fitnahnya yang difailkan terhadap setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad di mahkamah hari ini.

Mukhriz memfailkan saman pada 3 Mei, 2016 kerana mendakwa Tengku Sharifuddin mengeluarkan empat kenyataan berbaur fitnah terhadapnya pada 15, 20, 23 dan 26 April, 2016.

Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud Mahathir dan Muhyiddin berkomplot dalam kempen jahat bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara sah dan plaintif masih terbabit secara langsung dalam komplot antara Mahathir dan Muhyiddin.

Jahaberdeen yang mewakili Tengku Sharifuddin juga mempertikaikan temu bual Mukhriz bersama akhbar South China Morning Post (SCMP) pada 22 April, 2016 yang beliau tidak berhasrat menjadi perdana menteri.

Jahaberdeen berkata, kenyataan Mukhriz itu bercanggah dengan jawapan dalam penyata saksi plaintif (Mukhriz) yang mengatakan beliau tidak pernah mengumumkan kepada mana-mana media kononnya beliau tidak ada cita-cita menjadi perdana menteri.

Namun, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah itu berkata ketika wawancara bersama akhbar antarabangsa itu, beliau masih lagi bersama Umno.

“Kalau kenyataan ini mengelirukan, kerana memang ada laporan wawancara dengan South China Morning Post mengatakan sebaliknya.

“Saya boleh menukar ayat supaya lebih jelas iaitu saya mengakui pada 22 April, 2016 dalam satu wawancara akhbar, saya pernah mengatakan saya tidak mempunyai cita-cita menjadi perdana menteri, bagi menjawab soalan yang mengaitkan dakwaan Tun Mahathir mengkritik perdana menteri semata-mata untuk mengangkat saya menjadi perdana menteri,” katanya. –Utaranews.com

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top